“Haha dia pot0ng kad betul ke”- Puteri Aishah

Elizabeth Tan antara salah seorang selebriti berbangsa cina yang cukup fasih menyanyi dalam bahasa melayu. Setiap kali lagu terbarunya keluar, pasti ramai peminat Elizabeth atau nama popular, Lizzy suka dengan nyanyian selebriti kesayangan mereka. Lagu-lagu Lizzy pun memang best kebiasaannya. Bukan setakat lagu je, video-video Lizzy di Instagram pun melucukan.

Lagi-lagi video Lizzy bersama suami sentiasa menghiburkan netizen. Siapa sangka, suami Lizzy pun popular sejak Lizzy selalu berkongsi video berganding dengan suaminya. Pandai berlakon pula tu, memang dah boleh jadi pelakon suami Lizzy ni.

Baru-baru ini Lizzy ada memuatnaik video bersama suami sekali lagi. Mesti banyak permintaan daripada pengikut Lizzy di Instagram.

Video tersebut menunjukkan gelagat Lizzy cuba protes suaminya dengan tidak mahu memasak dan mengemas rumah. Aksi spontan suami Lizzy memotong kad kredit membuatkan netizen sendiri terhibur. Terus rajin Lizzy masak dan kemas rumah lepas tahu kad kredit kena potong.

Yelah kad kredit kan memang penting untuk golongan wanita nak shopping. Kalau tak ada kad kredit suami, nak shopping pakai apa? Hehe..

Video Lizzy kali ini juga menjadi tumpuan ramai dengan 200,000 tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen lebih tertumpu kepada suami Lizzy yang dilihat sedang memotong kad kredit di dalam video berkenaan. Ramai netizen juga tertanya-tanya tentang kad kredit berkenaan sama ada kad yang betul atau kad yang sudah luput.

Bukan itu sahaja, gelagat Lizzy menumbuk guna lesung batu dan membersihkan lantai rumah menggunakan kain juga membuatkan netizen ‘terkejut’ melihatnya. Lain macam betul Lizzy.

Mengikuti perkembangan Lizzy, banyak video Lizzy bersama suami sering dikongsi di Instagram Lizzy. Romantik melihat pasangan suami isteri ini.

Lepas ni Lizzy kena rajin masak dan kemas rumah lah. Baru boleh dapat kad kredit nak shopping hehe. Lucu betul tengok gelagat suami isteri ini..

Sumber: Instagram elizabethtan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!