“Genap setahun diriku berhijrah, nak jadi ketua bidadari suami” – Mawar Rashid

Berhijrah ke arah kebaikan amat digalakkan dalam agama Islam. Termasuklah berhijrah untuk menutup aurat seperti berhijab. Semakin ramai wanita telah memilih untuk memakai hijab dan perubahan itu tidak terkecuali dalam golongan selebriti wanita tempatan. Setiap wanita yang tampil berhijab sentiasa mempesona lebih-lebih lagi banyak pilihan fesyen mslimah boleh digayakan mengikut trending sekaligus menyempurnakan tuntutan agama dalam menutup aurat.

Tidak terkecuali, Pelakon Mawar Rashid antara salah seorang selebriti yang kini tampil cantik berhijab sejak mengandungkan puteri bongsunya. Pejam celik sudah genap setahun Mawar berhijab.

Mawar juga kini dilihat lebih aktif dalam memberikan sumbangan dan membantu golongan yang memerluukan.

Penghijrahan Mawar dan penglibatan dirinya dalam memberi bantuan kepada masyarakat yang memerluukan menarik perhatian ramai pengikut-pengikutnya di laman Instagram. Ramai peminat turut memberi sokongan buat isteri kepada Raf Yaakob ini.

Menerusi posting yang dikongsi oleh Mawar di laman Instagramnya, Mawar berkongsi video menyentuh hati
Malah kapsyen yang ditulis Mawar juga meminta netizen mendoakan agar dirinya sentiasa beristiqomah dalam berhijab.

Rata-rata netizen begitu teruja dengan pencapaian Mawar yang sudah setahun berhijab. Ruangan komen juga dipenuhi dengan kata-kata semangat dan doa daripada netizen.

Ada juga sebahagian netizen akui, keperibadiaan Mawar sama seperti allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang suka memberi bantuan dan bersedekah.

Video Mawar telah ditonton hampir 200 ribu setakat ini dan ratusan komen daripada rakan artis serta netizen.

Alhamdulillah, Cantik sangat bila tengok Mawar berhijab sekarang. Sejuk je mata memandang, semoga Mawar Istiqomah.

Sumber: Instagram Mawarashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!