“Gebu yerr baby ni, MasyaAllah comel” – Netizen

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia yang telah memulakan kerjaya lakonan beliau sejak di usia kanak- kanak. Beliau yang memulakan kerjaya lakonan sejak kecil dan sering membintangi beberapa drama yang terkenal. Elfira pernah bergandingan dengan beberapa pelakon popular Indonesia menerusi drama Dalam Hati Ada Taman menjadi teraju utama bersama Randy Pangalila.

Elfira Loy telah mendirikan rumahtangga bersama Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Baru- baru ini Elfira telah melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan. Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak Anzalna iaitu 20 Mei yang lalu, setelah 7 hari melahirkan anak kedua Elfira akhirnya berkongsi nama pilihan beliau dan suami kepada umum.

Elfira memaklumkan beliau bersyukur dengan kelahiran anak keduanya itu sepakat menamakan anak perempuannya sebagai Nur Aria Mikayla.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Elfira berkongsi beberapa gambar terbaru beliau bersama keluarga sempena menyambut Hari Raya Aidiladha buat tatapan para peminat beliau.

Kehadiran anak kedua iaitu Nur Aria Mikayla pada perayaan Hari Raya Aidiladha kali ini pasti menambah kemeriahan keluarga beliau.

Di satu perkongsian beliau di Instagram, Elfira berkongsi gambar beliau mendukung  anak keduanya Aria. Tulis Elfira di hantaran berkenaan, beliau merasa sangat teruja menyambut Hari Raya Aidiladha kali ini kerana dapat berpakaian sedondon bersama anak perempuannya itu.

Wajah anak keduanya itu yang putih gebu mirip sekali dengan wajah anak pertamanya Muhammad Rayyan Khalaf ketika masih kecil dahulu.

Menjengah keruangan komen pula, rakan artis dan para peminat tidak lupa menulis ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha buat Elfira dan tidak kurang juga yang memuji kulit anak Elfira yang gebu.

Apalah agaknya yang Elfira amalkan ketika mengandungkan kedua dua orang anaknya, kerana hasilnya kedua orang anaknya memiliki kulit wajah yang putih gebu dan sangat bersih. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sebelum ini wajah anak sulung Elfira pernah tular apabila ramai netizen yang menyamakan wajah anak Elfira itu seperti wajah selebriti korea malahan ada yang berkata wajah Rayyan tidak ubah seperti kanak- kanak di korea.

Meskipun berasa bersyukur dengan pujian daripada para netizen berkenaan namun Elfira mendedahkan beliau tidak pernah menonton drama korea sepanjang mengandungkan anak lelakinya itu.

Mungkin secara kebetulan sahaja Rayyan memiliki wajah putih gebu seperti kanak- kanak di korea. Kini, bukan sahaja anak sulung malahan anak keduanya juga memiliki wajah putih gebu seperti abangnya.

Sumber: ig elfira loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!