“Nak jadi manusia”- Jebat Jayden

Melihat gelagat satu-satunya cahaya mata milik Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden cukup menghiburkan. Banyak video Jebat dikongsi di laman sosial media telah membuatkan Jebat sendiri popular dalam kalangan peminatnya. Ada sahaja celoteh daripada Jebat. Celoteh si cilik ini juga boleh membuatkan kita tersenyum tau. Alahai Jebat, comel sungguh..

Seperti yang ramai tahu, Sharnaaz dan bekas isterinya Noor Nabila mempunyai hubungan yang baik meskipun kedua-duanya sudah membuat haluan masing-masing. Demi Jebat, mereka sangat mengutamakan Jebat dan mendidiknya dengan elok.

Bahkan si cilik ini fasih berbahasa melayu seperti yang diajar oleh ibu bapanya. Kebiasaannya anak selebriti pasti akan diajar untuk berbahasa Inggeris. Namun buat Jebat, si cilik ini lebih fasih berbahasa melayu meskipun sedikit pelat percakapannya.

Ramai netizen memuji cara didikan Sharnaaz dan Nabila terhadap anak mereka yang kini fasih berbahasa melayu berbanding bahasa Inggeris. Syabas buat Sharnaaz dan Nabila.

Baru-baru ini, satu video Jebat telah dimuatnaik Nabila di Tiktok miliknya dan dikongsi semula oleh instagram Astro Gempak. Gelagat Jebat berceloteh membuatkan netizen ‘geram’ melihatnya dan mampu membuatkan kita terhibur dengan gelagatnya.

Dalam video tersebut, kelihatan Jebat duduk di atas ampaian sambil beraembang dengan ibunya. Steady Jebat tak takut jaatuh hehe..

Gelagat Jebat bersembang dengan ibunya cukup menghiburkan lebih-lebih lagi apabila Jebat menyebut ingin ‘menjadi manusia’. Semoga Jebat jadi manusia yang berguna suatu hari nanti ye.

Video Jebat telah menerima 22,000 tontonan sejak dimuatnaik Rabu. Sebahagian netizen melihat Jebat sememangnya anak yang bijak dan anak yang comel.

Populariti Jebat pun dah setanding ibu baoanya. Untungnya Jebat dah ada peminat sendiri, gelagat comel pun boleh buat kita suka melihatnya.

Anak kecil macam Jebat pun nak jadi manusia tau. Semoga Jebat jadi manusia yang berguna ya. Anak yang baik buat mummy daddy.

Sumber: Instagram Astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!