“G4ngsta wifey”- Puteri Aishah

Setelah bernikah, semua isteri berusaha untuk bersikap sebaik mungkin kepada suaminya. Dalam membina rumah tangga, pasti ada sahaja cabaran buat suami isteri. Cabaran yang perlu ditempuh itu membuatkan golongan suami isteri ini lebih kuat untuk menghadapinya bersama. Orang kata susah senang bersama-sama. Begitulah asam manis rumah tangga kan..

Melihat penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan yang kini sudah bergelar isteri, beliau seringkali dilihat bersama suaminya menerusi video-video lucu dikongsi di Instagram.

Semenjak ada suami, Lizzy cukup menghiburkan dan juga seorang yang suka menyakat suaminya. Malah Lizzy juga mempunyai karakter yang ‘menyeramkan’ sejak berlakon dalam filem aksi.

Nampak garang je Lizzy ini ye hehe.. Tak dinafikan, bergelar seorang wanita ini ada sikap garang namun romantik dalam masa yang sama.

Baru-baru ini, Lizzy berkongsi video menyambut ulangtahun kelahiran suaminya. Namun video Lizzy itu bikin netizen terhibur apabila melihat gelagat spontan Lizzy. Cuba lihat perkongsian video Lizzy di bawah.

Rata-rata netizen mengusik Lizzy menerusi ruangan komen dan ada juga sebahagian rakan artis turut meninggaalkan komen.

Amboi nampak gangster betul Lizzy kan. Suami tengok Lizzy pun jadi takut tu hehe.. Sekali-sekala jadi garang apa salahnya kan.

Video Lizzy telah menjadi perhatian dan menerima sejumlah 282,000 tontonan sejak dimuatnaik Sabtu. Malah menerima 20,000 tanda suka pada posting video berkenaan.

Sementara itu, Lizzy bakal muncul menerusi filem Abang Long Fadil 3 yang bakal ditayangkan pada bulan September ini. Lizzy antara pelakon utama yang melakonkan watak aksi dalam filem berkenaan.

Garang tengok Lizzy sekarang ni hehe. Lebih baik berhati-hati ya, jangan cari pasal dengan Lizzy tau..

Sumber: Instagram elizabethtan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!