“Pandai betul Nyamma ni bercakap dgn mimik mukanya tu comel betul la”- Netizen

Untungnya apabila memiliki cahaya mata perempuan, antara salah satu kelebihannya ialah boleh membawa ibu bapa ke jalan syurga. Namun jika ditakdirkan pasangan suami isteri itu memiliki anak lelaki, tidak ada salahnya kerana mereka juga adalah anugerah terindah dari Allah SWT. Pokok pangkalnya, cara ibu bapa mendidik anak-anak adalah paling penting bagi memastikan mereka menjadi anak yang solehah.

Bercerita tentang cahaya mata perempuan ini, mereka perlu dididik dengan kasih sayang hingga mampu menjadi anak yang solehah seperti memiliki hati yang lembut, menutup aurat, dan berbakti hasil didikan orang tua dalam memastikan mereka jadi insan berguna.

Daripada hasil didikan ibu bapa, anak perempuan akan lebih cenderung untuk jadi anak yang solehah dan menjadi penghalang orang tua dari aapi ner4ka.

Malah bukan itu sahaja, anak perempuan ini ada banyak kerenahnya yang tersendiri dan ibu bapa lah yang perlu membentuk mereka serta mengajar perkara yang sebetulnya.

Buat pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, cahaya mata perempuan milik mereka iaitu Nur Fatima Aisya sememangnya harta yang cukup berharga. Fatima ditatang bagai minyak yang penuh kerana sangat dikasihi dan dibesarkan dengan cukup sempurna oleh kedua ibu bapanya.

Apa sahaja yang Fatima mahukan, semua kemahuannya akan dipenuhi Fazura dan Fattah. Manja ya anak daddy dan mummy ini..

Malah baru-baru ini, video Fatima bersama koleksi kasutnya telah dikongsi menerusi instagram peminat Fatima. Video tersebut jelas menunjukkan Fatima sedang memegang kotak kasut dan kelihatan berkotak-kotak kasut milik Fatima

Bukan itu sahaja, gelagat Fatima berceloteh sambil membuka kotak kasut membuatkan netizen suka melihat si cilik ini. Geram sungguh tengok kecomelan Fatima ini..

Video Fatima telah mencapai 8,000 tontonan dan sebahagian komen oleh peminat Fatima.

Amboi banyaknya kasut Fatima, tiga pasang kasut cantik special untuk Fatima. Mesti mummy daddy hadiahkan untuk Fatima, cantik semua kasut Fatima.

Sumber: Instagram lovelyfatima

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!