“First time tengok Barista pakai puuting” – Netizen

Didikan yang baik datangnya dari ibu bapa. Selain guru, ibu bapa antara yang bertanggungjawab memainkan peranan dalam mendidik anak-anak sejak dari kecil. Jika kita lihat, ramai ibu bapa di luar sana lebih menekankan akademik buat anak-anak mereka namun kemahiran pun sama penting yang perlu dipelajari. Paling penting, Ibu bapa sememangnya perlu memberi sokongan buat anak-anak dengan segala pencapaian mereka.

Buat pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila, satu-satunya cahaya mata mereka iaitu Jebat Jayden adalah kebahagiaan buat mereka. Kehadiran Jebat menceriakan kehidupan Sharnaaz dan Noor Nabila meskipun mereka sudah membuat haluan masing-masing.

Sering kali kita lihat Sharnaaz dan Nabila berkongsi video rutin harian jebat di Instagram. Lebih bagus apabila mereka sentiasa memberi fokus kepada Jebat dan memberi segala tunjuk ajar kepada Jebat berkaitan pembelajaran asas kemahiran dan hal agama.

Perkongsian video terbaru daripada laman Instagram Jebat Jayden mencuri tumpuan netizen. Video tersebut menunjukkan Nabila mengajar Jebat membuat minuman kopi. Walaupun Jebat masih kecil lagi, Jebat kelihatan cekap hasil bimbingan ibunya.

Gelagat Jebat membuat air kopi menjadi perhatian bapanya, Sharnaaz sehingga mngalkan komen.

Malah, ada juga salah seorang netizen meluahkan perasaan teruja melihat didikan yang bagus dari Nabila buat anaknya.

Rata-rata netizen yang lain turut memuji kepintaran Jebat membuat minuman kopi itu.

“Bagusnya Jebat dah pandai buat kopi, Macam ni lah ajar anak-anak” – Netizen

Pandai betul Jebat buat kopi ye, leaps ni dah boleh jadi barista untuk mummy dia hehe

Sumber: Instagram Jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!