“Eee bilal gebunya awak”- Diana Danielle

Laman sosial media dipenuhi dengan posting foto dan video bersempena perayaan Aidilfitri yang telah disambut pada hari ini. Berkongsi foto di hari raya pertama bagaikan sudah menjadi kewajipan buat semua pengguna laman sosial media termasuklah golongan selebriti Malaysia. Neelofa antara selebriti yang membuatkan ramai netizen ternanti-nanti akan posting daripadanya.

Maklumlah Neelofa belum lagi mendedahkan sepenuhnya wajah anak sulung iaitu Muhammad Bilal. Jadi berkemungkinan netizen pun tak sabar nak tengok wajah Bilal.

Memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama Neelofa dan suaminya PU Riz menyambut hari raya dengan anak pertama mereka, ia sememangnya lebih menceriakan pasangan suami isteri ini dengan kehadiran Bilal.

Akhirnya Neelofa telah memuatnaik foto bersama suaminya dan Bilal di hari raya pertama. Alhamdulillah syukur buat Neelofa dan suami dapat beraya dengan anak pertama mereka.

Namun, wajah Bilal di dalam foto dikongsi Neelofa masih disembunyikan dengan emoji memandangkan usia Bilal masih kecil lagi. Walau bagaimana pun, kita mestilah hormat keputusan Neelofa dan suami kan…

Jika dilihat Bilal di dalam gambar tersebut, memang semangat Bilal. Nampak tembam je si anak kecil itu..

kehadiran Bilal sekaligus menyerikan lagi suasana raya Neelofa bersama suami dan keluarganya. Kelihatan. Neelofa dan suami beraya bersama keluarga besar belah Neelofa. Mesti teruja si comel Bilal bila tengok keluarga ibu baba dia yang besar kan hehe..

Sementara itu, posting foto Neelofa bersama suami dan Bilal telah menerima 300,000 tanda suka dan 1000 komen daripada netizen.

Rata-rata teruja melihat Bilal yang kelihatan gebu dan comel itu walaupun ditutup wajahnya dengan emoji bayi.

Harap-harap cepatlah Neelofa dedahkan wajah Bilal. Tak sabarnya nak tengok Bilal nanti, mesti comel sangat macam ibu baba dia kan…

Sumber: Instagram Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!