“Best giler dapat kahwin dengan org kaya”- Netizen

Harta adalah rezeki kurniaan daripada Allah SWT. Bukan harta sahaja yang dipanggil rezeki, malah kesihatan yang baik dan keluarga yang tersayang juga adalah rezeki buat kita semua. Apabila seseorang itu memiliki kemewahan, ia adalah rezeki dan juga cabaran besar buatnya. Maka kita perlulah sentiasa mensyukuri nikmat rezeki yang Allah telah berikan.

Pernahkah anda dengar, apabila si suami sentiasa tidak berkira dengan isteri maka rezeki sentiasa melimpah ruah. Betul?

Ya sememangnya betul. Dan si isteri yang memiliki suami yang sentiasa tidak berkira ini, untung sangat buat dirinya seperti contoh pelakon Elvina Mohamad.

Seperti yang ramai ketahui, Elvina telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Haniff Borhan dan dikurniakan cahaya mata.

Dan apabila menjelangnya hari raya aidilfitri, duit raya pasti menjadi kewajipan buat isteri daripada suami tercinta. Isteri pun mestilah dapat duit raya juga kan…

Lebih menguntungkan buat Elvina apabila tahun demi tahun, duit raya yang diterima daripada suaminya semakin bertambah. Bermula daripada wang RM1 kepada kredit kad tanpa had. Seronoknya Elvina boleh lah shopping sakan lepas ni hehe.

Posting video yang dimuatnaik Elvina hanya bertujuan untuk menghargai pengorbanan suami buat dirinya dan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Ramai wanita berkongsi perasaan gembira di ruangan komen setelah melihat video Elvina menerima duit raya yang banyak sebelum ini. Elvina pun beruntung memiliki suami yang cukup baik dan langsung tidak berkira dengannya.

Malah posting video Elvina menerima perhatian netizen sehingga ditonton 164,000 tontonan.

Janganlah tengok pada sisi yang negatif. Video yang Elvina kongsi ini boleh lah jadikan satu inspirasi buat golongan suami di luar sana kan… Semoga murah rezeki buat Elvina dan keluarga ya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!