“Ada anak kecik, memang gitula jadinya” – Netizen

Umum mengetahui penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza atau mesra di panggil Tokti pernah di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat. 11 tahun lamanya beliau menantikan zuriat pertama. Siapa sangka penyanyi itu kini sudah mempunyai dua orang anak. Malahan anak sulungnya Aafiyah membesar menjadi anak yang sangat mewarisi kelakuan dan keperibadian ibunya.

Sikap sopan dan sangat menjaga tingkah laku yang dimiliki Aafiyah itu kerana didikan oleh ibu bapa dan mencontohi keperibadian Tokti sendiri yang terkenal dengan sikapnya yang sangat sopan santun, lemah lembut dan merendah diri.

Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah.

Sebagai rekod, Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Sebelum ini Tokti pernah mendedahkan beliau memperolehi Aafiyah menerusi proses rawatan IVF 4 tahun yang lepas. Malahan kandungan kedua anaknya juga iaitu Muhammad Afwa merupakan kembar kepada Aafiyah kerana embrio Muhammad Afwa terjadi pada hari yang sama dengan kakaknya Aafiyah.

Menerusi perkongsian terkini pelantun lagu Antapermata itu di media sosial, beliau memuatnaik beberapa keping gambar keluarga sempena sambutan hari raya aidilfitri.

Memakai busana berwarna merah jambu, Tokti dan keluarganya yang berpakaian sedondon menambah lagi kemeriahan sambutan lebaran beliau sekeluarga.

Di perkongsian gambar beliau bersama anak dan menantunya, gambar anak lelakinya Afwa pula paling menarik perhatian apabila anak kecik itu tidak memberikan kerjasama dan meragam ketika gambar berkenaan di rakamkan.

Ahli keluarga lain yang bergambar bersama juga di lihat agak tidak bersedia ketika bergambar kerana tidak dapat memberikan tumpuan dek Afwa yang meragam di dukung oleh Tokti ketika itu.

Menjengah keruangan komen, para netizen memahami kesusahanTokti sekeluarga untuk merakamkan gambar hari raya kenangan bersama anak kecil.

Rata- ratanya meminta supaya Tokti agar bersabar melayani gelagat anaknya itu. Sudah menjadi lumrah buat keluarga yang mempunyai anak kecil, pasti melalui kenangan sukar untuk mendapatkan foto terbaik untuk merakamkan kenangan kerana anak kecil pastinya mempunyai pelbagai gelagat yang perlu di layani.

Melihatkan wajah Tokti yang seakan pening melayani kerenah anaknya, para peminat juga terhibur dengan ragam anak kecil itu.

Bersempena perayaan aidilfitri tahun ini, para peminat dan rakan artis juga tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan memberikan ucapan selamat hari raya di ruangan komen. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Menyelak sisi perkembangan kerjaya Tokti pula, tahun ini Tokti berkesempatan untuk merakamkan lagu raya terbaru setelah bertahun- tahun tidak merakamkan lagu raya.

Lagu yang berjudul Lip Lap Raya itu mendapat sambutan menggalakan dari peminat malahan menambah seri kemeriahan perayaan aidilfitri tahun ini.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!