“Payah la nk bergambar kalau anak tu ada d4rahh Spiderman” – Netizen

Noor Nabila merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa. Sebelum ini beliau dikenali kerana telah bernikah dengan pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad. Bagaimanapun perkahwinan mereka berdua tidak bertahan lama apabila telah berc3rai sekitar Julai tahun lalu. Hasil pernikahan Nabila dan Sharnaaz mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 3 tahun.

Baru-baru ini Nabila telah telah mengakhiri status ibu tunggalnya apabila memutuskan untuk mengahwini bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran. Perkenalan mereka berdua bermula apabila sama-sama terlibat dalam sukan berbasikal.

Perkahwinan antara Engku Emran dan Nabila merupakan pernikahan kali ketiga antara kedua-duanya. Hubungan yang baru beberapa bulan terjalin itu akhirnya berakhir ke jinjang pelamin apabila Engku Emran tidak berfikir panjang untuk melamar Noor Nabila untuk menjadi suri hati hidupnya.

Memandangkan tahun ini merupakan tahun paling meriah buat rakyat Malaysia menyambut lebaran setelah dua tahun tidak dapat menyambut perayaan ini, pelbagai ragam yang dapat di lihat daripada para selebriti di Malaysia di media sosial.

Tahun ini merupakan tahun kedua buat pasangan Nabila dan Engku Emran menyambut hari raya berdua setelah bergelar pasangan suami isteri.

Menjengah ke akaun Instagram Nabila, dapat di rasai kemeriahan keluarga Noor Nabila dan pasangannya Engku Emran dalam merayakan sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

Walaupun Nabila dan Sharnaaz telahpun berpisah, namun pasangan itu masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka Jebat. Jika tahun lalu, giliran Jebat Jayden meraikan syawal bersama Sharnaaz, tahun ini pula Jebat menyambut hari raya bersama Nabila.

Istimewanya lagi, tahun ini Engku Aleesya juga turut bersama untuk meraikan sambutan syawal pada tahun ini. Dalam entri sebelumnya beberapa gambar Jebat Jayden yang dimuatnaik bersempena hari raya turut menarik perhatian netizen.

Gelagat Jebat yang sukar bergambar bersama ibunya sangat mencuit hati apabila membuat pelbagai aksi ala Spiderman dan tidak mahu melihat kamera.

Ruangan komen di entri yang dimuatnaik oleh Nabila di penuhi ucapan selamat hari raya dan juga rasa terhibur dengan gambar- gambar gelagat Jebat yang di kongsikan oleh Nabila di instagramnya. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Meriah betul nampaknya keluarga Nabila dan Engku Emran beraya tahun ini. Para peminat yang mengikuti kehidupan pasangan ini juga gembira melihat keluarga itu berbahagia dan gembira meraikan hari raya bersama- sama.

Sumber: ig noor nabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!