“Tudia kaki terus atas keyboard laptop tu, happy birthday Ana Nayla”- Netizen

Pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir kini sudah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel yang diberi nama Ana Nayla. Sangat comel budaknya, bulat je mata tu sama macam mummy dia tau. Walaupun masih kecil tapi banyak lah telatah comelnya. Penghibur hati orang tua nya lah katakan.

Kini, si bayi comel tu sudah pun memasuki usianya satu tahun. Wah, pejam celil pejam celik dah setahun ya umur Ana Nayla yang comel tu. Rasa macam baru je semalam si comel tu lahir, rupanya dah setahun ya cik adik comel tu.

Ada dimuat naik video oleh Ayda Jebat akan gelagat anak kecil kesayangan nya tu. Video sempena birthday lah katakana, yang paling kelakarnya siap ada vibes-vibes Baby Boss lagi tau, amboi dah dewasa sangat ye ?

Siap pakai suit lagi tau, ada tali tie lagi. Bukan main boss lagi ye si kecil tu. Ni ceo syarikat mana pulak ni. Kalah kita yang dewasa ni, rasa tercabar sebab big boss lagi berkarisma lagi daripada kita yang lebih dewasa ni.

Siap buat kerja dan main laptop lagi tau. Amboi, bisnes apa lah agaknya ya ? Dah gaya ceo dah budaknya, padahal kecil je lagi tu, tapi vibes lain macam ye, macam tengah buat bisnes berjuta-juta. Megah Holding ke tu?

Kalau korang pernah tengok Movie The Baby Boss tu, mesti korang setuju kan bahawa Ana Nayla tu macam baby boss tu. Dahla sama-sama rambut nipis, adoi, comel sangat lah budaknya, geram lah dengan boss macam tu.

Yang paling kelakar nya, pandai pula dia buka tutup buka tutup laptop tu. Amboi bukan main ye, siap kaki atas laptop lagi ye. Boss sangat lah Ana ni. Dahla siap pakai tie dan seragam lagi tau, tercuit hati para netizen.

Rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun kepada si comel tu. Kepada boss kecil yang baru saja berumur satu tahun. Walaupun satu tahun tapi dah macam-macam ragam dah dia buat, comel betul. Lepastu ni nak kerja dengan Baby Boss lah.

Justeru semoga puteri kesayangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir ni membesar dengan sihat dan begitu cergas sekali. Nanti dah besar bolehla jadi boss ye, vibes tu dah ada, Cuma usia saja yang masih lagi sangat kecil.

Sumber : Ig Aydajebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!