“Dulu aku suruh ko bertahan kan, sekarang aku rasa” – Lufya Laana

Setiap pasangan suami isteri sudah tentu telah melalui pengalaman pahit dan manis bersama dalam kehidupan berumah tangga. Ada sahaja dugaan atau cabaran yang membuatkan pasangan suami isteri diuji dengan begitu besar sekali. Namun ujian berkahwin itulah yang menguatkan lagi hubungan suami isteri, kan? Langit tidaklah selalu cerah, adakala nya mendung dan adakala nya cerah di siang hari.

Begitu lah yang dilalui oleh selebriti Puteri Sarah Liyana apabila beliau sendiri berdepan dengan knflik rumah tangga yang telah dibina bersama pelakon dan pengarah popular Shamsul Yusof.

Nama selebriti Puteri Sarah Liyana sedang menjadi bualan hangat netizen di laman sosial media sejak akhir-akhir ini. Konflik rumah tangga yang dilalui beliau telah mendapat perhatian ramai netizen dan juga pengamal media.

Tak dinafikan, cukup besar ujian yang dilalui Sarah ketika ini. Namun beliau tetap kelihatan kuat semangat dan tabah melalui ujian sebegitu. Sempat lagi Sarah berkongsi video yang seolah-olah menunjukkan situasi dilaluinya sekarang.

Video Sarah itu telah memaparkan beliau sedang bersolek sambil mengikuti trending audio di Tiktok. Tengok Sarah memang selamba je hehe..

Video Sarah yang dimuatnaik aru-baru ini telah menerima 554,000 tontonan dan dibanjiri komen daripada netizen.

Rata-rata netizen menzahirkan doa dan kata-kata positif buat Sarah menerusi ruangan komen.

Sementara itu, Sarah telah berkongsi beberapa posting di Instagram Story berkaitan isu suaminya namun sehingga kini tiada penjelasan daripada pihak Syamsul.

Ramai netizen termasuk lufya mengharapkan agar Sarah terus kuat demi anak-anak dan tabah melalui cabaran berkahwin.

Kita doakan semoga yang baik-baik buat Sarah dan Syamsul. Jangan kec4m dan lebih baik untuk melihat sahaja. Semoga dipermudahkan buat pasangan suami isteri ini.

Sumber: Instagram puterisarahliyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!