“Nampak macam baby bump lah Kak Ezza”- Netizen

Setiap pasangan suami isteri sudah pasti mendambakan kehadiran cahaya mata setelah berkahwin. Tak dapat disangkal lagi, rumah tangga lebih bahagia dengan adanya si kecil yang menceriakan suasana. Namun soal kehadiran cahaya mata itu semuanya ketentuan Allah SWT. Cepat atau lambat, semuanya telah ditentukan oleh sang pencipta. Paling penting, kita berusaha untuk memiliki cahaya mata.

Seperti pelakon popular Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof, mereka antara pasangan yang juga menantikan kehadiran cahaya mata.

Setelah setahun lebih berkahwin, akhirnya ada ura-ura mengatakan Remy Ishak bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi setelah video isterinya, Ezza di Instagram jelas kelihatan baby bump miliknya.

Sudah tentu peminat Remy Ishak antara yang cukup teruja apabila melihat baby bump milik Ezza. Mereka juga tidak sabar untuk melihat cahaya mata milik pelakon kesayangan mereka dan ternanti-nanti berita gembira daripada Remy sendiri.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada Remy dan isterinya. Namun video dikongsi Ezza baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai netizen apabila jelas kelihatan baby bump Ezza meskipun video berkenaan hanya bertujuan untuk mempromosikan produk perniagaan miliknya yang terbaru.

Video Ezza telah menerima 63,700 tontonan setelah dimuatnaik beberapa jam lalu dan mata netizen lebih tertumpu kepada perut Ezza berbanding produk jualan tersebut.

Amboi netizen, tajam je mata diorang ye hehe.. Nampaknya ramai tak sabar nak tengok cahaya mata milik Remy dan Ezza.

Sementara itu, netizen juga mendoakan yang terbaik buat Ezza dan ucapan tahniah memenuhi ruangan komen pada posting berkenaan.

Semoga ada berita baik daripada Remy dan Ezza ye. Netizen pun tak sabar nak dengar tu hehe..

Agak-agaknya baby boy or baby girl eh? Mesti cantik comel macam mummy daddy dia kan hehe.. Kita tunggu berita rasmi dari Remy dengan Ezza ye.

Sumber: Instagram Ezzarl

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!