“Dulu abang2 la, skrg hakak hakak” – Netizen

Pasti semua orang mempunyai zaman kanak-kanak yang dikenang sehingga dewasa. Istimewanya anugerah Ilahi, kadang perubahan fizikal ketara sekali perbezaannya tatkala usia semakin menginjak. Begitupun, bagi sesetengah orang lain tak banyak pun perubahannya. Itulah yang dikongsikan Sherry Alhadad merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara televisyen ini tentang dirinya. Ni kalau k3s dah ‘berabad’ tak berjumpa, dua dekad kemudian pun orang boleh cam rupanya lagi. Bertubuh chvbby antara keistimewaan Sherry hingga ke hari ini sejak 25 tahun lalu.

Lihat sahaj4lah foto semasa dirinya berusia 12 tahun dan dirinya sekarang. Tak banyak sangat pun perubahan kan? Jika dibandingkan zaman kanak-kanaknya dulu nampak macam ‘abam-abam’ sikit apatah lagi dengan berseluar panjang dan berbaju T, ramai di ruangan komen mengakuinya.

Antara rakan artis Sherry yang juga melayangkan coretan dengan kenyataan itu yang mana dirinya dikatakan ‘boyish’ seperti pengacara, Awwal Ashaari, Fittry Hiswady dan pelakon, Nad Zainal. Ramai rakannya yang lain pula menyifatkan dia dulu tampak comel gitu…

Begitupun, kini Sherry terlihat lebih manis dan anggun serta feminine sekali, lebih-lebih lagi selepas disiapkan oleh make up artist untuk mengacarakan majlis atau program di kaca televisyen. Apapun bentuk tubuhnya itu masih lebih kurang sama.

Betullah kata orang, kalau dah glamour tu, gambar masa kecil pun netizen tertarik nak melihat dan komen kan…? Baharu 7 jam dimuatnaik, hantarannya itu mendapat lebih 22k views. Tu belum lagi Sherry muat naik foto dirinya masa masih pakai lampin… Gurau saja ya..

Untuk info, semasa program di television swasta dua tahun lalu, Sherry pernah terpalit di ‘b0dy shmg’ oleh seorang penyanyi muda lelaki tentang bentuk tubuhnya hingga dikatakan menimbulkan kem4rahan netizen. Namun Sherry tak ambil hati.

Ketika ditemubual sebuah media, Sherry memberitahu dia tidak terasa dengan kenyataan artis itu. Malah artis lelaki tersebut sebelumnya juga sudah meminta maaf dengan Sherry dan orang ramai yang terasa dengan kenyataan yang menyentuh tentang bentuk fiziikal tubuh.

Untuk info, sudah lebih sedekad Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad menjadi anak seni. Pemegang Ijazah Seni Persembahan Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini juga rupanya datang daripada keluarga yang menceburi bidang seni.

Anak-anak saudaranya (yang lebih berusia darinya) terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu dramat1s tersohor 90-an Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Seorang lagi anak saudaranya (yang lebih muda), Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.

Terdahulu, Sherry yang popular bersama Zulin Aziz ketika sama-sama mengacarakan program bual bicara di TV9 iaitu Diva juga pernah menyatakan hasratnya untuk membantu golongan wanita untuk bangkit bagi meningkatkan keyakinan diri.

Sumber : IG Sherry AlHadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!