“Aliff muka redha je”- Netizen

Wanita, sememangnya mempunyai karakter yang unik termasuklah kita sendiri. Wanita lah yang mewarnai kehidupan dengan pelbagai gelagat menarik. Bila sebut sahaja tentang wanita, pasti kita tahu karakter wanita ini seorang yang suka berhias dan ingin kelihatan cantik setiap masa. Maka tidak hairanlah jika seorang wanita suka selfie 24 jam hehe..

Bukan sekadar selfie sahaja, setiap kali keluar makan je pasti kita akan menangkap gambar hidangan dengan gigih. Yang pasti, gambar makanan tersebut kena nampak cantik untuk dikongsi di Instagram.

Namun ketika sesi mengambil gambar makanan ini, sudah tentu ambil masa yang lama. Teman-teman yang lain pun terpaksalah tunggu seperti situasi yang dialami Alif Aziz dan Didi Astillah sendiri.

Gelagat lucu Bella Astillah yang gigih mengambil gambar makanan menghiburkan netizen. Bukan Bella sahaja yang macam tu, ramai wanita di luar sana pun gemar mengambil gambar makanan.

Tetapi janganlah sampai berjam-jam menangkap gambar makanan, sejuk makanan itu nanti.Teman yang lain pun kelaparan menunggunya…

Sementara itu, video gelagat Bella dengan Aliff Aziz dan adiknya Didi Astillah telah dikongsi semula oleh instagram Hangat dan meraih 122,000 tontonan serta 5000 tanda suka.

Rata-rata netizen memberikan pandangan mereka masing-masing di ruangan komen dan ada juga yang terhibur melihat ekspresi wajah Aliff sabar menunggu makanan untuk dijamah.

Selain itu, Aliff semakin menjadi perhatian ramai sejak memenangi program realiti Gegarvaganza dan ramai netizen semakin suka melihat penampilan terbaru Alif yang lebih kepada islamik serta lebih positif berbanding dahulu.

Aliff lebih kelihatan rapat dengan isterinya semenjak beliau berubah ke arah yang lebih baik dan rata-rata netizen sentiasa mengikuti perkembangan penyanyi kesayangan mereka itu.

Sabar jelah Aliff dengan Didi Astillah nak tunggu bella selesai tangkap gambar makanan hehe. Kawan-kawan korang mesti ada sejenis yang macam ni kan? Suka mengabadikan kenangan dalam instagram story.

Sumber: Instagram hangat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!