“Dua2 yek2 berbual beria kencang, habis dengar pun tak”- Netizen

Siapa saja tak kenal dua orang yang bernama Ryan Bakery dan Zara Zya ni, walaupun mereka ini popular di platform yang berlainan, tapi tak dapat dinafikan bahawa mereka mempunyai ramai peminat. Sering kali mereka menghibur kan para peminat nya, nak-nak pula Ryan tu semua dah cukup kenal pasal beliau.

Apa yang menarik tentang mereka ni, beliau juga merupakan rakan perusahaan kepada Shuib dengan membuka cawagan Bublebee masing-masing. Wah, hebat kan mereka ni, dah ada cawangan Bublebee masing-masing.

Baru-baru ini ada dimuat naik video Zara Zya dan Ryan Bakery. Haa, buat apa pula mereka ni ? Ada meeting ke ? Tapi, apa yang peliknya, kalau ye pun tengah kencang berborak, tak gaya macam sedang bercakap pun.

Hanya mulut saja yang acah-acah bercakap, tapi isi nya macam kosong. Lawak betul eh, pandai tu, acah je lebih. Bak kata orang, action je lebih, content nya takde pun. Bukan main lagi over diorang berdua ni. Yang penting memang lawak.

Walaupun apa inti yang dibincangkan kita tak tahu, malah sepertinya takde langsung isinya tu, tapi sememanganya gelagat mereka itu sangat mencuit hati para netizen. Tak cakap apa-apa pun orang terhibur eh, hebat.

Tulah yang dikatakan dengan silent comedy. Sebabtulah ramai yang berpendapat kalau Zara Zya dan Ryan bergabung, pasti gempak. Yelah, dua-dua nya boleh tahan dia punya lawak, tengok sajalah video tersebut, buat gaya macam tu pun dah buat orang gelak.

Lebih-lebih lagi, kita sedia maklum bahawa Ryan ni sangat penuh idea yang melawakkan, peminat dari hari ke hari semakin bertambah tau. Bukan saja dalam negara, luar negara pun dah ramai yang mula mengenalinya.

Baru-baru ini, club bola sepak terkenal dunia, Manchester United pun sudah mula menggunakan audio di salah satu video Ryan. Terkejut kan, bangga kejap bagi pihak Ryan. Bukan calang-calang orang nya. Hebat sangat.

Lepasni mesti aka nada banyak lagi content mereka berdua kan, lagi seronok lagi kalau kalau Shuib pun join. Diorang ni kalau buat silent comedy pun dah lawak, ini kan pula buat buat skesta lucu dan sebagainya. Confirm lagi melucukan.

Sumber : Ig Zarazya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!