“Thank you Naim, btw kaalah Billie Elish punya konsert”- Netizen

Setiap kali di ambang bulan kemerdekaan, sudah menjadi acara tahunan sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan hari yang bersejarah ini. Justeru, banyak lah program yang telah dilaksanakan di seluruh negara. Bermacam-macam program telah diadakan dan orang ramai sudah semestinya memenuhi perkarangan tersebut bagi memberi aura dan meraikan nya bersama-sama.

Berbagai ka0m bersemangat untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah ini. Setahun sekali saja. Sebabtulah ramai yang turun padang, teruja dan terharu rasanya. Nak-nak pula dah dua tahun nak raikan secara besar-besaran.

Pelbagai artis yang telah turut membuat konsert dan persembahan pada hari tersebut. Haa, time nilah boleh join diorang ke konsert kemerdekaan. Apa yang paling bestnya, iainya free saja, tak perlu bayar. Free of charge.

Antara penyanyi yang turut hadir membuat persembahan ialah penyanyi terkenal iaitu Naim Daniel. Rasanya ramai yang sudah cukup mengenali beliau ni, mana taknya, popular kot orang nya, selalu keluar di kaca televisyen.

Ada dimuat naik video Naim Daniel yang membuat persembahan di KUPTM KL. Tidak dapat dinafikan bahawa crowd yang telah diberikan oleh peminat nya di sana memang luar biasa. Lain macam vibes kali ni, gempak sangat.

Naim pun sangat teruja dengan sambutan yang telah diberikan oleh semua. Dah dua tahun tak sambut kan, sebabtu lah lain macam sangat vibes kali ni, semua berikan yang terbaik dan sepenuh tenaga pada malam tersebut.

Bak kata netizen, mereka seolah-olah tak percaya bahawa konsert pada malam tersebut sangat luar biasa, kalah Billie Ellish katanya, dah la free. Hehe, bukan main lagi eh komen dari peminat nya. Naim punya konsert kali ini free dan boleh tengok secara dekat.

Pada pagi sambutan kemerdekaan pun lebih ramai lagi artis yang turut hadir dan menyertai perbarisan pada hari kemerdekaan. Dari yang muda sampailah yang legend. Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan.

Semoga di tahun yang akan datang juga, sambutan yang bakal diberikan oleh orang ramai akan kekal meriah dan semakin meriah. Time nilah kita nak tengok semua orang turun padan meraikan hari bersejarah negara.

Sumber : Ig Naimdanielx

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!