“Dia paling banyak cakap lepas tu tanya siapa yg bising”- Netizen

Gelagat anak dara kepada pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tidak pernah menjemukan para peminat malahan telatah kanak- kanak tersebut yang suka berceloteh dan sangat manja menyebabkan netizen merasa geram dan terhibur dengan perangai kanak- kanak itu. Tidak hairanlah jumlah pengikut di akaun Instagram peribadi kanak- kanak tersebut mengalahkan jumlah pengikut akaun Instagram golongan dewasa yang lain.

Sebelum ini anak sulung mereka Yusuf Iskandar terlebih dahulu mengumpul peminatnya tersendiri apabila akaun instagram kanak-kanak tersebut meraih sehingga 2.7 juta pengikut sejak di daftarkan.

Diikuti pula oleh Alisa yang tidak kurang hebatnya apabila meraih sehingga 1.2 juta pengikut. Kedua-dua kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan netizen dengan wajah mereka yang comel dan juga gelagat mereka yang begitu mencuit hati.

Baru sahaja menyambut hari jadi pada bulan Mei yang lalu, kini Alisa sudah pun menginjak keusia 2 tahun dan semakin petah bercakap. Kemana sahaja Alisa pergi pasti akan ditemani abangnya Yusuf Iskandar. Ibu bapa mereka juga sering berkongsi aktiviti adik beradik tersebut di instagram mereka berdua buat tatapan para peminat.

Menerusi satu perkongsian terbaru pula di Instagram kanak- kanak itu, satu video terkini memaparkan Alisa rancak berceloteh telah mencuri tumpuan para netizen. Video berkenaan merakamkan gelagat Alisa yang ingin menikmati sarapan pagi sambil berbual bersama ibunya.

Sedang rancak berbual kanak- kanak tersebut tiba- tiba menegur suara lain yang di rasakan agak bising sehingga “p0tong” mood untuk dirinya berbual bersama ibunya itu.

Gelagat garang Alisa itu cukup mencuit hati sehinggakan video berdurasi beberapa saat itu yang baru sahaja 1 jam dimuat naik itu sudah mendapat 178,030 tontonan dan menerima hampir 1 ribu komen dalam tempoh yang singkat.

Rata-rata para peminat mereka merasa geram dengan telatah lucu dan sikap kuat berceloteh yang dimiliki oleh Alisa. Ada sahaja perkara yang ingin di tegur kanak- kanak berkenaan sama ada ibu, bapa mahupun abangnya Yusuf.

Nasib baik lah Yusuf seorang abang yang sangat baik hati dan sentisa mengalah dengan adiknya Alisa. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Geram betul melihat kecomelan wajah Alisa tambahan pula sikap kuat membebel dan berceloteh kanak- kanak tersebut yang tidak padan dengan usia membuatkan para peminat tidak jemu dengan kerenah ci cilik itu yang sangat petah bercakap. Pasti ada sahaja soalan mahupun permintaan yang dibuat oleh Alisa kepada kedua ibu bapanya.

Panjang akal betul Alisa ni. Boleh pening Hanis dan Hairul melayankan permintaan anak dara mereka itu. Geram dengan wajah comel dan muka tak bersalah Alisa apabila minta macam-macam dari mummy dan daddy dia.

Sumber : ig alisa aisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!