“Dia ingat kahwin sekali dapat anak satu je”- Netizen

Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar merupakan seorang pelakon dan usahawan di Malaysia. Nama beliau di kenali setelah memenangi tempat kedua pertandingan Hera Remaja. Fizo kemudiannya menamatkan zaman bujang bersama usahawan tudung terkenal Mawar Karim. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan Wan Maryam Wan Hafizol.

Jodoh Fizo dan Mawar bagaimanapun berakhir setelah keduanya berpisah dan berc3rai talak satu. Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera dan bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Baru- baru ini Fizo telah membuat pendedahan mengenai kehamilan isterinya Fazeera yang sudahpun memasuki usia 5 bulan. Fizo berkongsikan berita gembira tersebut menerusi satu muatnaik hantaran video di Instagram peribadinya. Fizo juga turut meluahkan rasa syukur di atas kurniaan zuriat berkenaan.

Pengumuman kehamilan berkenaan agak mengejutkan para netizen memandangkan anak kedua Fizo iaitu Wan Khaleeda baru saja berusia 7 bulan.

Kongsi Fizo lagi, anak ketiganya itu mempunyai jarak usia hanya 11 bulan dengan anak keduanya. Malahan Fizo juga turut berseloroh dengan menulis nota kaki ‘kilang’ sentiasa di buka.

Terkini, menerusi satu perkongsian terbaru Fizo di Instagram, Fizo berkongsi satu video beliau dan isterinya Fazeera cuba memberitahu mengenai kehamilan baru berkenaan kepada Maryam. Di permulaan video, Fizo memberitahu Maryam bahawa beliau mahu mempunyai seorang lagi baby.

Namun Maryam kemudiannya menolak permintaan Fizo tersebut kerana kanak- kanak berkenaan menyangka bapanya itu perlu berkahwin lain untuk mempunyai seorang baby yang lain pula. Maryam juga berkata merindui Khaleeda iaitu adiknya yang kini berusia 7 bulan.

Terkejut dengan respon Maryam, Fizo dan Fazeera cuba untuk menjelaskan kembali kepada Maryam mengenai situasi yang sebenar. Fizo berkata beliau kalau boleh ingin mempunyai seorang lagi anak iaitu anak lelaki lelaki pula. Fizo juga memberitahu Maryam bahawa kanak- kanak tersebut bakal mempunyai dua orang adik.

Menjengah keruangan komen pula, netizen juga menulis pelbagai reaksi terhadap video Maryam tersebut. Ada sesetengah netizen yang berkata menerusi pemahaman Maryam, kanak- kanak tersebut beranggapan bahawa daddy dan umminya akan di kurniakan seorang zuriat dan sekiranya daddynya ingin mempunyai seorang bayi lagi, daddynya perlu berkahwin lain pula.

Netizen berkata, Maryam mungkin tidak mahu daddynya berkahwin lain kerana sayangkan umminya. Bijak betul Maryam. Netizen juga memuji Fizo yang turut menulis nota kaki mengenai rezeki yang hadir bersama setiap zuriat dan meminta netizen berlapang dada dalam soal rezeki.

Buat kanak- kanak seusia Maryam, mungkin dirinya tidak dapat menerima dan perluukan masa untuk memahami kehadiran seorang lagi adik baru dalam kehidupannya memandangkan Maryam menyangka bapanya hanya akan mempunyai seorang anak selepas berkahwin dengan umminya itu. Jangan puutus asa Fizo, cuba pujuk lagi Maryam okay.

Sumber: Instagram fizo omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!