“Merdu je laporan cuaca harini” – Netizen

Penyanyi yang telah sekian lama menjadi idola rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sehingga kini masih lagi aktif menyanyi. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan.

Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan Tokti dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Seiring dengan teknologi semasa, Tokti juga tidak ketinggalan mewujudkan akaun media sosial sebagai platform untuk berkongsi aktiviti kerjaya dan juga rutin kehidupan seharian bersama para peminat. Tokti juga aktif di media sosial menjadikan interaksi beliau bersama para peminat lebih erat.

Menerusi hantaran terbaru penyanyi kesayangan ramai itu di media sosial, Tokti berkongsi bersama para peminat bahawa beliau bakal muncul membawakan laporan cuaca di slot Berita Wilayah jam 5 petang Dan Berita Perdana jam 8 malam. Berita berkenaan bakal di tayangkan menerusi saluran RTM.

Buat para peminat yang menantikan kemunculan Tokti, pastinya merasa cukup teruja melihat selebriti kesayangan mereka itu muncul membacakan laporan cuaca pada malam tadi.

Kongsi Tokti lagi, kemunculan istimewa beliau untuk membacakan laporan cuaca itu adalah di atas kerjasama pihak Met Malaysia sendiri.

Menurut Tokti lagi, kemunculan istimewa beliau itu di harap dapat menarik dan menggalakkan minat orang ramai untuk mengikuti laporan keadaan semasa cuaca serta mampu memberikan kesedaran buat orang ramai dalam bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana yang di laporkan seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora.

Menjengah keruangan komen, rata- rata respon orang ramai sangat positif.  Netizen juga berkongsi perasaan teruja mereka apabila berpeluang menonton siaran langsung laporan cuaca yang di laporkan oleh penyanyi tersebut.

Mereka juga berkata, laporan cuaca pada siaran malam tadi kedengaran begitu merdu apatah lagi dapat melihat penyanyi kesayangan ramai itu beraksi sebagai pembaca laporan cuaca.

Sudah bertahun – tahun peminat melihat Tokti hanya menyanyi, sesekali apabila melihat Tokti beraksi sebagai pembaca laporan cuaca, ramai peminat cukup gembira dan teruja.

Ada juga peminat yang sudah membuat permintaan supaya Tokti cuba berlakon pula. Kalau Tokti yang berlakon, memang pasti akan meletop drama atau filem tu.

Sumber: Ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!