“Dato Vida boleh win kalau masuk Olimpik” – Netizen

Kehangat Sukan Olimpik di Tokyo telah mendapat liputan yang cukup meluas di seluruh dunia. Pelbagai perkara menarik yang berlaku dapat disaksikan sepanjang berlangsungnya temasya sukan berprestij ini. Selain daripada kejayaan yang dilakarkan oleh pasukan badminton beregu negara yang berjaya membawa pulang pingat gangsa baru-baru ini, penerjun negara iaitu Nur Dhabitah juga mencuri perhatian rakyat Malaysia setelah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.

Walaupun hanya sekadar menduduki tangga ke empat namun pencapaian tersebut cukup bermakna buat atlet yang hanya barusia 22 tahun itu. Antara corat coret menarik yang lain di kejohanan sukan berkenaan adalah apabila kecoh baru- baru ini wajah seorang atlet angkat berat dari negara Uzbekistan sangat mirip dengan wajah pelakon aksi terkenal iaitu Shaheizy Sam.

Namun bukan sahaja pelakon Shaheizy Sam yang mempunyai wajah yang mirip dengan atlet yang menyertai acara sukan Olimpik, kini wajah usahawan kosmetik Dato Vida juga hangat diperkatakan dan menjadi perbualan netizen kerana dikatakan menyerupai seorang atlet olahraga dari Perancis.

Berita mengenai wajah atlet Perancis yang menyerupai wajahnya itu telah sampai ke pengatahuan Dato Vida sendiri. Menerusi instagram usahawan tersebut, Dato Vida juga tidak ketinggalan untuk berlatih untuk sukan Olimpik tersebut. Dato Vida berkata atlet tersebut adalah versi dirinya yang lebih kuros dan sado.

Kelihatan dalam video beliau membuat sesi senaman di gym dirumahnya. Tindakan lucu Dato Vida yang mula bersenam itu menarik perhatian netizen yang merasa geli hati melihat video reaksi Dato Vida apabila dikatakan wajah beliau mirip atlet olahraga berkenaan.

Menjengah keruangan komen, rata-ratanya berkata mereka merasa terhibur dengan reaksi Dato Vida yang bertungkus lumus bersenam setelah mendengar wajahnya mirip atlet olahraga Perancis.

Tidak cukup dengan itu, Netizen juga turut mendoakan supaya Dato Vida membuat yang terbaik demi mengharumkan nama negara dalam kejohanan sukan tersebut. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Sehingga kini video reaksi Dato Vida telah mendapat sebanyak 160,000 tontonan daripada para pengikut akaun Instagram beliau dan menerima hampir 16,000 tanda suka daripada netizen. Kelakar pula melihat video Dato Vida yang mengiyakan sahaja kata- kata netizen yang mengatakan wajahnya mirip atlet olahraga dari Perancis itu.

Netizen juga berkata mereka merasa begitu terhibur dengan respon Dato Vida yang bersikap terbuka dengan usikan netizen. Bagus sangat sikap Dato Vida ni, memang sangat sporting dengan para pengikut akaun instagram beliau. Layankan sahaja kehendak netizen.

Sumber : ig dato vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!