“Duk umah lama sgt sekali dpt keluar tu yg mcm pergi karpet merah” – Netizen

Pelakon dan usahawan Che Ta cukup dikenali ramai kerana suka berceloteh dan minat beliau yang mendalam terhadap fesyen serta gemar bergaya.  Che Ta atau Rozita Che Wan atau nama sebenar beliau Rozita Abu Bakar ini sangat mesra dengan nama panggilan Che Ta mula dikenali selepas muncul di dalam drama Diari Ramadhan Rafiq. Che Ta sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Namun jodoh beliau tidak panjang dan menjadi seorang ibu tunggal selama 10 tahun sebelum berkahwin kali kedua dengan pelakon Zain Saidin.

Che Ta dan Zain berkenalan ketika sama-sama berlakon di dalam drama Kiah Pekasam. Mereka berdua akhirnya mendirikan rumahtangga pada tahun 2013 dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aishah Dhia Rana yang kini berusia 7 tahun.

Selain berlakon Che Ta juga ialah seorang usahawan kerana mempunyai beberapa produk dibawah label beliau. Beliau juga mempunyai pengikut yang ramai di Instagram iaitu sebanyak 5.1 juta pengikut sejak akaun Instagram beliau diwujudkan.

Terkini menerusi akaun Instagram pelakon Kiah Pekasam itu, Che Ta telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan dirinya telahpun selesai mengambil vksn sntik4n dos kedua bersama kedua dua orang anak lelakinya.

Bagaimanapun pakaian yang dipakai oleh Che Ta pada hari berkenaan menarik perhatian netizen yang tergamam melihat beliau bergaya dan melaram seolah-olah seperti hendak ke acara karpet merah.

Baju jubah yang berwarna kelabu di pakai oleh Che Ta itu kelihatan sarat dengan perincian pada bahagian bawah menyebabkan baju yang dipakai oleh Che Ta itu kelihatan sangat glamor apatah lagi apabila dipadankan dengan beg tangan berjenama mewah yg turut digayakan oleh pelakon tersebut.

Jelas Che Ta lagi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan, beliau tidak berkesempatan untuk menggayakan pelbagai baju- baju koleksi terbaru beliau.

Di sebabkan itu, beliau mengambil kesempatan peluang yang di perolehi untuk keluar rumah semasa mengambil sntik4n vksn untuk menggayakan baju tersebut.

Menjengah keruangan komen, video yang dikongsikan oleh Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang positif dan ada juga yang sebaliknya. Sehingga kini video tersebut telah menerima 66, 964 tanda suka dan 1584 komen daripada rakan artis dan juga netizen.

Walaubagaimanapun mengenali sosok pelakon berkenaan yang sememangnya amat gemar melaram sejak dahulu, netizen sudah boleh menjangkakan pakaian yang dikenakan oleh Che Ta itu.

Berpakaian sedemikian adalah tidak mustahil jika sudah namanya Che Ta. Pelakon berkenaan dikenali kerana beliau sentiasa menjaga rapi penampilan dirinya apatah lagi untuk keluar berjumpa orang ramai.

Menerusi ruangan komen juga dapat dilihat reaksi netizen yang kurang bersetuju kerana merasakan baju yang dipakai oleh pelakon itu kurang sesuai untuk ke tempat vksnasi. Namun kebanyakkannya memuji penampilan isteri kepada Zain Saidin itu yang sangat bergaya walaupun hanya untuk ke tempat vksn.

Walau apa pun reaksi netizen, yang penting Che Ta sudah melaksanakan tanggungjawab untuk mencegah pndemk cvd di Malaysia dengan sewajarnya apabila selesai mengambil 2 dos sntikn vksn. Tahniah Che Ta memberikan pengaaruh yang baik kepada masyarakat.

Sumber : ig rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!