“Dato Shafinaz dah pandai melawak, terhibur” – Netizen

Kata orang jika ingin menjadi juri senang sahaja, kerana tugasnya hanya mendengar dan memberikan pendapat dan kritikan. Namun, kritikan yang diberikan bukan sekadar kritikan yang dilemparkan sewenang-wenangnya sahaja tanpa sebarang pengetahuan yang mendalam. Ianya merupakan kritikan yang membangun dan setiap sudut harus diperhatikan dengan teliti agar tidak tersilap memberikan kritikan pula.

Pasti ramai yang sudah tahu dengan kecerdasan dari juri tetap bagi pertandingan realiti Gegar Vaganza iaitu Dato Syafinaz Selamat. Dalam rancangan itu, dia turut digandingkan bersama juri-juri hebat dan ternama iaitu Dato Ramli MS dan Hetty Koes Endang yang jauh dibawa dari negara seberang Indonesia.

Dato Syafinaz Selamat terkenal dengan komennya yang begitu tepat dan lantang, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan nyanyian. Merupakan graduan dalam bidang muzik, maka tidak hairan lagi jika dia memang sangat mahir dalam bidang nyanyian ditambah pula dengan pelbagi pengiktirafan yang diterima.

Setelah bermusim-musim melibatkan diri sebagai juri tetap di Gegar Vaganza, kini sisi lain dari Dato Syafinaz mula keluar. Dia dahulu yang dikenali sebagai seorang yang serius, kini telah mula mengeluarkan bakat melawaknya di dalam rancangan realiti ini.

Penggayaan rambut yang dikenakan oleh Dato Syafinaz pada malam ini yang sememangnya sangat besar dan kembang telah disamakan dengan rambut seorang pelawak tanah air.

Kebetulan keberadaan Atu zero di situ telah membawa tawa kerana gaya rambut mereka yang memang sama.

Tanpa segan silu, Dato Syafinaz juga telah menyuakan kenyataan lucu bahawa dia senang akhirnya dapat juga berjumpa dengan adiknya. Sehingga malu Atu dibuatnya apabila Dato Syafinaz mula menghulurkan dakapan kepadanya.

Kenyataan lucu yang dibuat oleh Dato Syafinaz itu telah membawa tawa satu dewan besar itu juga tak ketinggalan penonton di rumah.

Ramai juga yang mengiyakan persamaan antara Dato Syafinaz dan Atu itu sehingga mereka berkata memang secocok jika dipanggil sebagai kakak dan adik.

Memang lawak tengok telatah Dato Syafinaz pada malam ini. Besar sangat penggaya rambut buat rambut Dato Syafinaz. Minggu depan apa pula agaknya style rambut yang bakal digayakan. Mesti lagi unik dari minggu ini.

Sumber: Instagram Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!