“Wlpn ada yg ckp Kak Lina over la gediik la tp aku ttp terhibur dgn gelagat dia” – Netizen

Diberi tugas untuk mengendalikan keseluruhan rancangan pasti bukanlah suatu perkara yang mudah buat mereka yang bergelar pengacara di luar sana. Jika kena caranya, pasti penonton pun rasa seronok dan terhibur untuk tonton dari awal sehingga habis. Tetapi jika tidak kena caranya, pasti penonton pun rasa bosan je nak lihat sehingga tamat rancangan.

Walaupun digelar dengan pelbagai nama buruk dan menerima tomahan sejak menjadi pengacara bagi rancangan realiti Gegar Vaganza ini, Elly Mazlein atau lebih senang dipanggil sebagai Kak Lina masih tetap kuat dan tidak pernah menghiraukan segala kata-kata negatif tersebut.

Bergandingan dengan pengacara terkenal Nabil Ahmad, Elly Mazlein tidak kekok malah gelagat lucu dan spontan dari mereka berdua sentiasa menjadi sorotan buat para penggemar rancangan hiburan tersebut.

Elly Mazlein yang sebelumnya pernah mendapat komen dari penonton yang menganggapnya sebagai penggangu kepada para peserta semasa melakukan persembahan pun pernah melakukan permohonan maaf dan menjelaskan perkara tersebut.

Walaupun ada segelintir yang tidak senang melihat gelagat dari Elly Mazlein ini, namun masih ramai juga yang suka dan terhibur melihat aksinya setiap minggu di acara Gegar Vaganza.

Ada juga segelintir yang mengatakan gelagatnya itu sedikit berlebihan malah mengatakan dirinya sebagai seorang yang “gediik”.

Video cuplikan dari acara Gegar Vaganza pada malam tadi telah menarik ramai penonton untuk  memberikan komen.

Elly Mazlein yang sedang  merajuk dan minta dipujuk oleh Hetty Koes Endang itu telah menghibur ramai penonyon yang merasa lucu dengan gelagatnya itu.

Ramai yang berkata bahawa penampilan host Gegar Vaganza pada malam tadi memang sangat menghiburkan berbanding sebelumnya.

Bukan itu sahaja, mereka turut memuji penampilan Elly Mazlein yang dikatakan cantik mengenakan dress berona merah itu.

Tak kering gusi dibuatnya tengok Kak Lina Kepom dan Nabil buat lawak tadi malam. Juri-juri pun tak kalah saing buat lawak dengan para host. Memang tak bosan tengok Gegar Vaganza sampai habis.

Sumber: Instagram Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!