“Daripada 7.8 billion manusia, kamulah yg 1 bertakhta di hati di Jannah” – DS Mahadi

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Heliza Helmi yang cukup aktif dengan misi kemanusiaan. Sejak semalam heboh diperkatakan mengenai berita mengejutkan iaitu perkahwinan di antara penyanyi Heliza Helmi dan juga Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Siapa sangka Heliza yang merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang sangat aktif dalam apa jua misi kemanusiaan di dalam dan luar negara ini akhirnya menamatkan zaman bujang di kala usia beliau mencecah 36 tahun.

Difahamkan lelaki berusia 39 tahun yang menjadi pilihan hati aktivis kemanusiaan itu merupakan seorang pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. Suami Heliza itu juga merupakan seorang usahawan yang juga dipercayai jutawan bergelar Datuk.

Sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai, sudah semestinya Heliza sebelum ini juga tidak terlepas daripada soalan mengenai jodoh dan perkahwinan. Meskipun sebelum ini, Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi pernah di ajukan soalan berkenaan beberapa kali, namun empunya diri mengakui, tidak pernah tertekan memikirkan perkara tersebut.

Malahan ujar penyanyi itu, beliau juga bersyukur kerana mempunyai kedua ibu bapa yang tidak pernah memberi sebarang tekanan mengenai soal jodoh beliau. Keutamaan beliau hanyalah kepada keluarga dan misi kemanusiaan yang dilakukan.

Namun siapalah kita untuk melawan takdir, sekiranya sudah tertulis jodoh yang tetapkan Allah buat diri kita. Begitu jugalah yang dilalui oleh penyanyi tersebut apabila sudah tiba masanya untuk beliau mendirikan rumahtangga. Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi berkenaan kini sudah selamat bergelar isteri Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Berita pernikahan pasangan tersebut membuatkan para peminat tergerak hati untuk lebih mengenali dengan lebih dekat lelaki yang menjadi pilihan hati Heliza Helmi itu. Menjengah ke ruangan Instagram peribadi suami Heliza, pemilik nama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman itu telah berkongsikan gambar beliau bersama isterinya itu dengan caption manis buat isteri kesayangan.

Selain berharap dan mendoakan rumahtangga yang baru dibina itu mencapai matlamat yang sama untuk mencari keredhaan ilahi, suami Heliza juga berkata di antara 7.8 Billion manusia, hanya isterinya itu yang bertakhta di hatinya.

Pasangan berkenaan mengadakan majlis akad nikah di M4sjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi semalam. Heliza sah menjadi isteri Mahadi hanya dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Doa dan harapan yang dikongsikan oleh suami Heliza di Instagram itu menerima maklum balas yang sangat positif daripada netizen. Para peminat juga turut meminta agar suami Heliza itu menjaga penyanyi tersebut dengan baik. Berikut dikongsikan komen- komen lain.

“inilah contoh lelaki yg tahu apa dia mahukan dan akan dapatkan apa yg dia mahukan – “dream girl”.. dah tak payah nak dream lagi.. laa ni celik mata ada dia kat sebelah hang dik oii “ – Netizen

Walaupun ada yang masih tidak percaya dengan berita perkahwinan pasangan ini, namun rata- rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Netizen juga mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Mudah- mudahan rumahtangga yang baru dibina ini berkekalan dan bahagia sentiasa. Selamat pengantin baru buat Datin Seri Heliza Helmi dan suami.

Sumber: ig mahadibz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!