“Baik2 ye melati pergi sekolah tu, jgn nk ngorat cikgu pulak” – Zarul Umbrella

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon dan pengacara berbakat, Elly Mazlein antara selebriti Malaysia yang sentiasa ceria dan menghiburkan pengikut-pengikutnya di laman sosial media. Elly Mazlein atau dipanggil Kak Lina pompom yang sudah berumah tangga dengan Cikgu Azlan ini juga sering membantu pengikut-pengikutnya yang menjalankan perniagaan mempromosikan produk secara percuma di ruangan Instagram Kak Lina.

Secara umumnya, Kak Lina antara rakan selebriti yang mempunyai hubungan baik dengan allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin. Pemergian arwh Siti Sarah cukup memberi kesan kepada Kak Lina sebagai seorang sahabat.

Baru-baru ini, Kak Lina memuatnaik sebuah video di laman Instagram. Video tersebut menunjukkan dirinya sedang memakai tudung pemberian arwh Siti Sarah buat Kak Lina. Sambil memakai tudung pemberian sahabat baiknya, Kak Lina sempat menghiburkan netizen dengan gelagat lucunya.

Kak Lina berlakon seakan-akan sebagai seorang pelajar sekolah dengan memakai tudung pemberian arwh Siti Sarah berwarna pink itu.

Video Kak Lina sekaligus mencuri tumpuan rakan-rakan artis termasuk penyanyi Zarul dan Azza Elite. Komen yang ditulis Zarul menjadi perhatian di ruangan komen memandangkan Kak Lina berkahwin dengan seorang guru bernama Cikgu Azlan.

Pengikut-pengikut di Instagram juga sempat mengusik Kak Lina dengan memberitahu Kak Lina masih maintain kelihatan muda seperti golongan remaja meskipun bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Dalam pada itu, video Kak Lina telah mencapai hampir 300 ribu tontonan dan ratusan komen.

Comel sungguh Kak Lina pakai tudung colour pink, betul-betul macam budak sekolah hehehe.. Untunglah awet muda Kak Lina kita ni

Sumber: Instagram iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!