“Dua kali positif cvd, trima kasih ya rabb kau masih pinjamkn dia buat kami” – Wawa Zainal

Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu mempunyai memori-memori indah bersama sepanjang bergelar suami isteri. Alam perkahwinan yang dicipta pastinya akan melalui susah senang bersama-sama dan itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi pasangan suami isteri. Jika dilihat pada laman sosial media, ramai individu termasuklah golongan selebriti Malaysia berkongsi momen indah bersama suami mahupun isteri.

Begitu juga buat pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sering berkongsi video bersama anak-anak di laman sosial media antaranya di Instagram. Sebut sahaja Wawa dan Aeril, pasti ramai tahu pasangan suami isteri ini antara yg suka berkongsi video romantik bersama.

Namun baru-baru ini, Aeril telah diuji selepas disahkan positive cvd untuk kali kedua dalam tahun ini. Besar dugaan yang dihadapi oleh Aeril namun dirinya tetap kuat semangat demi isteri dan anak-anak.

Hari demi hari berlalu dan hari ini Aeril dikhabarkan sudah selesai menjalani kuarantin serta dibenarkan bebas untuk berjumpa dengan keluarganya.

Perkhabaran Aeril yang sudah selesai menjalani kuarantin melalui posting video yang dikongsi Wawa menerusi laman Instagram. Kapsyen yang ditulis Wawa pada video itu juga meruntun hati netizen yang telah membacanya.

Wawa menzahirkan perasaan bersyukur apabila Aeril sudah pun selesai menjalani kuarantin dan berpesan agar sentiasa hargai pasangan.

Posting video milik Wawa itu telah mencecah hampir 400 ribu tontonan. Ruangan komen juga dipenuhi dengan komen positif dari netizen mendoakan kebahagiaan rumah tangga Aeril dan Wawa.

Alhamdulillah Aeril dah selesai kuarantin, lega betul muka Aeril lepas jumpa Wawa dengan anak-anak. Akhirnya terubat rindu nak jumpa family.

Sumber: Instagram Wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!