“Muka anak yg pertama tu mcm muka Siti Saerah, kakak Tokti”- Netizen

Lumrah jika dikaitkan wajah sama dengan seseorang, takkan boleh lari apatah lagi mirip seakan-akan. Begitu juga kanak-kanak atau dewasa, dari pandangan orang akan nampak wajah kita sama mirip seakan-akan yang mereka kenali. Kalau kita dikaitkan dengan artis, seronoklah kan. Artis pula, dikaitkan dengan artis luar negara. Anak pasangan Scha dan Awal juga mendapat perhatian.

Wajah anak pasangan ini, Lara Alana disamakan dengan Siti Saerah, iaitu kakak Siti Nurhaliza menarik perhatian semua yang memberi komen, tidak ada jawapan dari pihak Scha dan Awal, namun itu tidak mendatangkan masalah pun.

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 . Awal melamar Scha secara langsung di set pengambaran Prop4ganda. Scha Alyahya popular menerusi Awan Dania dan pernah menjuarai Dewi Remaja pada 2005-2006, juga pernah memenangi Anugerah Shout dan Anugerah Sinaran Pantene.

Pengacara dan pelakon hebat Awal Ashari dan Scha Alyahya berkahwin pada 2012 dan telah menimang dua cahaya mata perempuan, yang diberi nama Lara Alana dan Lyla Amina sering mendapat perhatian daripada pengikut setiap kali memuat aktiviti harian di ig beliau.

Ahmad Awaluddin Ashaari popular sebagai pengacara, tidak terpalit dengan kontr0versi, beliau bersih dari segala g0sip. Beliau telah bermula pada 2004 membina kerjaya. Seorang yang penyanyang dan sangat bertanggungjawap dan tidak menjadikan media sosial tempat meluah perasaan.

Lara Alana lahir pada Julai 2014, kini sudah bergelar kakak kepada Lyla Amina, Lara sudah berumur 8 tahun, sedikit matang dari umur sebenar, sudah mencipta nama seusia bayi lagi, Scha dan Awal sudah menerima tawaran untuk anak mereka disiarkan dirancangan TV.

Lara alana atau nama sebenar Lara Alana binti Ahmad Awaluddin, pernah memenangi Anugerah Bintang Popular BH 24, kategori Personaliti Media Sosial Popular pada 2016.

Sebelum ini pernah dikatakan wajahnya seolah tidak sihat kerana mirip ‘sindr0m d0wn’, tetapi kini netizen mengatakan wajahnya mirip siti saerah pula yang menjadi bualan diruangan komen.

Sumber : schaalyahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!