“Dah terbalik pulak, Lofa pulak yg batalkan air sembahyang Pu Riz” – Netizen

Pasaangan PU Riz dan Neelofa masih lagi mendapat perhatian orang ramai yang begitu teruja dengan pernikahan mereka. Jika sebelum ini mereka berdua sangat menjaga hubungan dan tidak terlalu mendedahkan kepada umum kerana batasan sebagai bukan muhrim namun kini setelah sah terlafaznya akad nikah suami isteri tiada lagi yang menjadi batasan antara mereka berdua.

Penghijrahan Neelofa kearah spiritual dengan mengambil keputusan untuk berniqab juga membuatkan dirinya sentiasa menjaga kelakuan dan adab apabila berurusan dengan k4um yang berlawanan jantina dengannya demi mengelakkan ftnah.

Walaupun hubungan mereka pernah dilanda badai besar beberapa bulan lalu, namun berkat kesabaran mereka berdua akhirnya mampu menempuhi dugaan pertunangan tersebut dengan sangat baik sehingga telahpun disatukan dalam majlis serba mewah pada 27 Mac yang lalu.

Kegembiraan dan kebahagiaan paasangan ini turut dirasai oleh para sahabat dan kenalan terdekat yang turut meraikan mereka berdua semasa majlis pernikahan tersebut.

Setelah sah menjadi pasaangan suami isteri baharulah mereka berdua mulai terbuka untuk menunjukkan sikap saling mengambil berat dan berkasih sayang antara satu sama lain.

Menerusi satu perkongsian di Instagram lofa page yang merupakan milik peminat Neelofa, telah memaparkan beberapa keping gambar yang dikongsikan daripada twitter adik Neelofa iaitu Athisha. Dalam gambar tersebut Neelofa dilihat menciium pipi PU Riz dengan penuh kasih sayang.

Kebiasaannya dalam upacara membatalkan air sembahyang pengantin lelaki yang menciium isteri namun melihat Neelofa yang menciium PU Riz, netizen berkata kali ini Neelofa pula yang membatalkan air sembahyang PU Riz.

Sudah pasti tiada perasaan yang mampu diungkapkan bagi menggambarkan rasa sayang beliau terhadap suaminya itu dan rasa syukur beliau terhadap pernikahan yang telahpun berlangsung. Tambahan pula Neelofa juga telahpun sah menjadi isteri PU Riz, jadi tiada salahnya buat beliau menunjukkan rasa cinta kepada suami sendiri.

Dari sudut pandangan netizen, mereka memuji pasaangan ini yang menjaga hubungan sebelum bernikah. Kemanisan yang mereka kecapi hasil kesabaran menunggu menjadi pasaangan halal membuatkan hubungan mereka menjadi sangat indah.

Disebabkan itulah nampak perbezaan di antara pasaangan yang semasa masih bercinta sudah biasa berpegangan dan pasaangan yang sabar menunggu menjadi yang halal.

Tahniah Neelofa akhirnya kini sedang mengecapi bahagia di sebalik pelbagai dugaan dan ujian yang melanda hubungan beliau dengan PU Riz sebelum ini. Begitu besar hikmah dan rahmat yang Allah kurniakan berkat dari kesabaran yang dimiliki oleh PU Riz dan Neelofa.

Sumber: lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!