2 minit je bergambar, PU Riz tarik tangan Neelofa takut terlewat Zohor

Beberapa hari lepas Neelofa dan PU Riz telah pun selamat diijabkabul dalam majlis yang sangat meriah bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Hanya dengan sekali lafaz, Neelofa telahpun sah menjadi milik PU Riz atau nama sebenar beliau Haris Ismail iaitu seorang pendakwah bebas. Hubungan PU Riz dan Neelofa mula terjalin apabila mereka sama-sama terlibat dalam sebuah badan amal yang dimiliki oleh Neelofa.

Majlis pasngan ini di hadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Pasngan pengantin dan juga para tetamu yang hadir berpakaian serba putih bagi menepati tema majlis yang diadakan.

Disetiap majlis perkahwinan, jurugambar pastinya menjadi individu yang paling sibuk sekali kerana tidak mahu terlepas momen yang menarik untuk diabadikan sebagai kenangan pengantin di hari bersejarah mereka. Apatah lagi buat jurugambar yang perlu mengambil gambar untuk majlis yang besar dan mewah seperti majlis perkahwinan Neelofa.

Adakalanya demi sebuah gambar yang menarik, masa yang diperluukan untuk sesi penggambaran akan memakan masa yang lama sehingga terleka dan melewatkan waktu solat. Pasngan yang baik akan adalah pasaangan yang akan sentiasa menegur demi kebaikan.

Itulah apa yang dilakukan oleh PU Riz apabila menyedari isterinya itu sudah terlewat untuk menunaikan solat zuhur. Walaupun Neelofa ketika itu sedang bergaya untuk merakamkan gambar kenangan namun sebagai suami, PU Riz bertindak tegas untuk menegur dan meminta isterinya itu agar segera menunaikan solat fardhu zuhur.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh peminat Neelofa menunjukkan Neelofa meminta 2 minit kepada suaminya untuk menunggunya selesai bergambar.

Setelah selesai, PU Riz segera menarik tangan isterinya itu agar tidak lagi melengahkan solat.

Kemanisan sebenar dalam rumahtangga adalah apabila si suami mampu membawa isterinya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Rata-rata netizen yang mngalkan komen berkata Neelofa amat bertuah bersuamikan seorang ustaz yang alim dan juga seorang pendakwah yang sedang giat menyebarkan agama islam.

Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan oleh para netizen di ruangan komen tersebut.

Selamat pengantin baru diucapkan buat Neelofa dan PU Riz. Semoga fasa baru dalam kehidupan mereka ini membawa seribu rahmat untuk hari-hari yang akan datang. Mudah-mudahan juga paasangan ini dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyambung keturunan.

Sumber: ig  ziha_ramli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!