“Menitis air mata dgr cerita ini”, Pegawai ini dedahkan situasi cemas Kri Nanggala 402 sblm black0ut

Setiap yang hidup pasti akhirnya meningl dunia dan akan pergi menemui pencipta. Berita kehiilangan sebuah kapal selam milik Indonesia iaitu KRI Nanggala 402 cukup menggmparkan masyarakat ketika semua umat islam sedang menyambut bulan Ramadhan dan melakukan ibadat berpuasa. Pemergian seramai 53 orang kru sesungguhnya amat dicemburui semua kerana berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia dan mereka juga dalam keadaan sedang berbakti kepada negara.

KRI Nanggala 402 iaitu sebuah kapal selam buatan Jerman itu dikatakan telah hiilang daripada radar ketika melakukan latihan ketenteraan lebih dua hari lalu. Kapal selam tersebut telah membawa 53 orang kelasi kapal. Negara jiran seperti Malaysia, Singapura, Australia dan Amerika Syarikat turut menghantarkan bantuan.

Beberapa hari lalu, sebuah ROV milik Singapura telahpun berjaya mengesan lokasi kapal berkenaan karam dan mendapati bahagian kapal KRI Nanggala telah terbelah kepada 3 bahagian sekaligus menguatkan dakwaan bahawa kesemua kru kapal berkenaan telah terk0rban.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, seorang pegawai telah memberikan penjelasan ketika sidang media mengenai tragedi berkenaan diadakan.

Menjelaskan pelbagai pertanyaan dan kemusykilan daripada masyarakat mengapa kru kapal selam tidak bertindak menyelamatkan diri, seorang pegawai Tentera Negara Indonesia (TNI) iaitu Laksamana Muda Iwan Isnurwanto telah tampil menjelaskan bagaimana situasi sebenarnya yang berlaku di dalam kapal selam ketika terputusnya bekalan elektrik di dalam kapal berkenaan.

https://www.instagram.com/p/COMIT_DBVBC/?igshid=guu6d5wyfef1

Menurut pegawai tersebut beliau pernah mengalami kejadian terputus bekalan elektrik di dalam kapal berkenaan sebelum ini dan berkata apabila terputusnya bekalan elektrik kapal selam tidak akan seimbang dan jatuh di posisi 45 darjah menjunam kebawah.

Detik penuh emosi di alami beliau itu diceritakan kembali demi menjelaskan lagi situasi yang di alami oleh para kru yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Dalam situasi berkenaan mereka perlu mencari suis yang sepatutnya supaya bekalan elektrik dapat di salurkan semula kepada kapal selam.

Tindakan tersebut perlu dilakukan dalam masa beberapa saat demi mengelakkan perkara tak di ingini berlaku. Bagaimanapun dalam k3s beliau, suis tersebut segera ditemui.

Selagi tidak berada di tempat kejadian masyarakat mungkin sukar memahami apa yang berlaku. Sebagai seorang yang telah melalui kejadian hampir serupa, pegawai tersebut juga meminta agar orang ramai tidak lagi mempersoalkan mengenai tindakan kru yang telah terkorban.

Detik yang terpaksa ditempuhi berkenaan pastinya sukar tambahan pula perlu melawan tekanan dalam laut yang sangat besar.

Ruangan komen juga dipenuhi rasa sedih dengan tragedi yang menimpa mereka. Warga maya berkata penjelasan yang diberikan oleh pegawai tersebut begitu jelas dan mereka kini memahami situasi luar jangka yang dilalui oleh para kru yang terkorban berkenaan.

Ramai yang masih terkejut dengan kejadian yang berlaku dan ada ahli keluarga yang masih tidak dapat menerima kenyataan telahpun kehiilangan insan tersayang. Bagaimanapun sebagai orang luar jangan lah kita mempertikaikan sesuatu yang diluar bidang kita.

Sebagai anggota tentera yang sudah terlatih pastinya pihak anggota tentera di Indonesia juga tidak jangkakan tragedi berkenaan berlaku. Namun apa yang berlaku sudah pun tertulis oleh yang Maha Esa dan kita perlu menerima ketentuan ilahi.

Sumber: ig inaijari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!