“Dah nampak tangan lelaki tapi tak sangka abg tulis sendiri”- Netizen

Memang menjadi tular trend sekarang apabila kawan tidur dibuat jenaka, sama ada menconteng muka, membuat kawan yang tidur terkejut, atau merakam video sedang lena tidur. Namun dilihat di video tersebut, muka Harris dilukis dengan pen penanda berwarna merah, namun tangan yang dilihat berurat dan seolah tangan lelaki menjadi tumpuan netizen.

Rupanya, memang benar itu adalah tangan beliau sendiri. Dengan menggunakan kaki sebagai pemegang telefon bimbit.

Sangat rapat dengan uminya, beliau pernah digelar anak mak, dan beliau mengakui ya. Sangat sayangkan umi dan tak kisah digelar sedemikian.

Sesiapa yang melihat video tersebut hampir sahaja ditipu namun jika diteliti, memang ada juga macam tangan perempuan.

Diakhir video terlihat beliau sedih sendiri kerana masih bujang sehingga kini, belum menemui jodohnya. Kalau tengok sampai habis video baru tahu anda tertipu.

Kerap juga popular di aplikasi tiktok bersama uminya, sukakan membuat konten dan mengikuti trend terkini bersama uminya.

Komen mengenai video itu hampir tertipu dan ada juga komen yang sudah mengetahui itu tangan lelaki namun tidak menyangka bahawa tangan Harris sendiri.

Komen yang kasihankan beliau, dan ada juga komen bertanya apakah kaki kiri yang mengambil gambar penuh, komen dibawah diantaranya.

Ada drama terbaru ke Harris, Bangkit Botak judulnya. Wah, tahniah. Dah lama tak ada konten baru, sibuk betul Harris.

Sumber: ig harrisannuar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!