“Bila baby nampak handsome boy”-Ayda Jebat

Kelahiran cahaya mata sulung Ana Nayla beri sinar bahagia buat pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Rumah tangga dua selebriti ini sememangnya lebih lengkap dengan hadirnya cahaya mata sulung mereka. Ana Nayla yang baru berusia 4 bulan juga popular dalam kalangan pengikut-pengikut di Instagram yang dikendalikan oleh ibu bapanya.

Banyak video dan foto Ana Nayla dikongsi Ayda serta Nabil di Instagram. Almaklumlah, si cilik ini semakin popular dalam kalangan pengikut ibu bapanya..

Melihat pada perkembangan Ana Nayla, bayi comel ini kelihatan mirip ibunya seperti yang dijatakan oleh netizen dan rata rata netizen akui suka melihat Ana Nayla yang cantik seperti ibunya serta berkuulit putih mulus.

Sementara itu, Ayda telah memuatnaik video gelagat Ana Nayla di laman Instagram. Namun kapsyen ditulis Ayda lebih menjadi tumpuan apabila beliau ingin mencari ‘jodoh’ buat anaknya. Amboi Ayda, awal sangat tu hehe..

Dengan kapsyen yang ditulis Ayda, siapa sangka rupanya ramai berkenan ingin jadikan Ana Nayla sebagai ‘calon menantu’.

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen di ruangan komen, ada yang siap berikan maklumat lengkap anak mereka tau.

Video Ana Nayla yang berdurasi 30 saat itu telah dikongsi sejak Jumaat dan ditonton sehingga 500,000 tontonan.

Rata-rata pengikut Ayda Jebat kelihatan teruja melihat Ana Nayla yang semakin membesar dengan sihat.

“Comelnya ana, geram giler, Makin besar makin comel budak ni, haih nak cubit dia”-Netizen

Sumber: Instagram Aydajebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!