“Congrats Jihan, kami rindu awak kat TV” – Netizen

Tahniah diucapkan kepada pasangan Jihan Musa dan juga Ungku Hariz kerana telah menimang cahaya mata yang kedua iaitu anak lelaki yang kedua yang diberi nama Ungku Altamis Barr bin Ungku Hariz Faizal. Pastinya kehadiran anak kedua ini memberikan lebih pengalaman yang berbeza malah menjadi lebih banyak pengalaman yang mengajar erti didikan yang utama kepada anak-anak.

Hadiah terindah kepada pasangan adalah mempunyai anak, anak yang menjadi tanda cinta dan tanda kasih sayang yang berpanjangan. Ia akan terus mekar apabila dipupuk dengan kasih sayang yang ikhlas dan suci.

Itulah antara kasih sayang yang akan diberikan kepada anak-anak. Setiap anak ada rezekinya, janganlah kita t4kut akan rezeki yang mendatang. Tahniah diucapkan kepada Jihan dan suami dengan kelahiran bayi keduanya.

Sudah hampir habis tempoh berpantang, barulah mereka memuatnaik tentang anak kedua mereka. Sangat menjaga pantang larang. Dan semoga mereka terus dilindungi dan sihat sentiasa keduanya.

Melihat kelahiran anaknya yang kedua, pastinya ia adalah berita yang gembira apabila kedua-duanya selamat dan sihat-sihat belaka. Pasti selepas ini mereka akan mendoakan untuk mendapat anak perempuan pula.

Jika ada rezeki pasti ada. Selain itu, ramai juga yang merindui untuk melihat Jihan di kaca tv. Malah, menjadi bualan Jihan tiada di pentas Gegar Vaganza dek kerana sudah sebati Jihan dan pentas tersebut.

Gandingan beliau dengan Nabil Ahmad sudah menjadi gandingan yang koberasi yang hebat. Dengan cuti bersalin ini melihatkan Jihan dirindui oleh peminat dek kerana mereka menyuarakannya. Pasti banyak tawaran kerja Jihan selepas ini.

Antara komen-komen netizen, selain rakan artis dan peminat yang tidak berhenti mengucapkan ucapan tahniah. Mereka juga menyatakan rindu untuk melihat Jihan kembali bekerja. Pasti beliau akan kembali bekerja selepas habis tempoh berpantang.

Buat sementara ini, bagilah peluang untuk Jihan berehat sementara. Selamat berpantang Jihan, semoga cepat sihat dan tahniah diucapkan.

Sumber: ig jihanmusa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!