“Kenapa aku pun tersenyum2 nih” – Netizen

Setiap pasangan suami isteri, sudah pasti saling menghargai antara satu sama lain. Kalau boleh, setiap hari nak buat surprise dan bagi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada pasangan nya tu. Tapi, kita pun busy bekerja, jadi tak bolehlah setiap hari nak asyik buat surprise je kan.

Biasanya, masa yang paling sesuai untuk meraikan pasangan masing-masing adalah ketika mana tibanya ulang tahun pasangan tersebut. Time nilah, kita rasa nak bagi hadiah dan surprise kepada mereka kan. Excited sangat.

Seperti yang diketahui, pasangan Fazura dan Fattah Amin merupakan pasangan yang sangat sweet dan saling menghargai antara satu sama lain. Sama juga seperti pasangan lain di luar sana,menghargai ikatan perkahwinan mereka.

Dan yang paling menarik tentang mereka semua ni, apabila boleh dikatakan satu family mereka ni mempunyai ulang tahun pada bulan yang sama, iaitu pada bulan September. Wahh, geng-geng September tau.

Fattah, Fazura dan Fatimah, semua lahir pada bulan yang sama, Cuma tarikh saja yang berbeza. Seronok lah boleh celebrate trio sekaligus kan. Mesti gempak sangat lah jamuan ulang tahun family ni, banyak dapat hadiah.

Fazura yang baru saja sambut ulang tahun nya yang ke-39. Wah dah nak dekat 40-an ya umur nya tapi tetap kelihatan seperti awek muda dan sangat cantik, apa rahsia beliau kelihatan seperti masih remaja ya ? Curios kita semua ni.

Dan, sudah tentulah Fattah antara insan yang paling excited nak sambut birthday wife nya tu. Beliau siap buat surprise tau, beliau siap buat surprise untuk candle light dinner tau dekat Fazura, alahai comel sangat diorang ni.

Video yang ketika mana, mata nya ditutup, sambil dipimpin oleh Fattah menuju ke lokasi mereka tersebut. Haa, sweet betul ye korang berdua ni, jeles kita ni tengok. Bila dah sampai tu, terus dibuka ikatan tersebut, dan jelas kelihatan sangat teruja reaksi muka Fazura.

Rata-rata netizen semua memuji akan usaha Fattah untuk membuat isterinya itu happy sempena ulang tahun nya tu.Yelah,siapa je tak happy bila diraikan sebegitu rupa kan, selamat ulang tahun diucapkan kepada Fazura.

Sumber : Ig Fattahaminz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!