“Congrats adik Uwais, berkaca mata tgk video ni” – Netizen

Kasihnya ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Jikalau arwh masih ada, pastinya tiada yang lebih membahagiakan selain melihat pencapaian anak di depan mata. Kita yang melihat inipun tumpang gembira menyaksikan kejayaannya apatah lagi kedua ibu bapa dan ahli keluarga. Cayalah anak ibu, anakanda Uwais Alqarni, 10, kerana pencapaian dalam sukan golf semalam.

Bergelar Juara Tournament Golf di Palm Resort Junior Open Golf Championship Cur1, mencurah-curah ucapan tahniah buat Uwais. Istimewanya, berita gembiranya itu dalam masa sama turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Apa tidaknya, ramai yang tahu, sejak arwh ibunya, Siti Sarah Raisuddin masih ada, beliaulah orang yang paling menyokong hobi anak sulungnya itu bermain sukan golf. Kini hanya tinggal kenangan, bapa Uwais, Shuib Sepahtu pula mengambil tempat itu.

Buat masa ini, Shuiblah ibu…dialah ayah kepada empat cahaya matanya bersama arwh Siti Sarah. Video kejayaan Uwais yang diselitkan bersama kenangan bersama Siti Sarah yang menyokong anaknya itu, benar-benar menjentik hati.

Jika sebelum ini, ibulah yang menc1um dan memeluk erat setiap kali memberikan sokongan kepada Uwais, kini Shuib pula mengambil tempat itu. Lihat sajalah perkongsiannya menggunakan IG arwh Sarah ini.

Dalam pada itu, Shuib di IG beliau turut berkongsi tentang kejayaan Uwais sebagai Champion untuk kategori 10 tahun dan mengucapkan tahniah kepada anak tersayang. ‘Percaya daddy,,, ibu pasti sgt2 bangga, bu yg nak sgt wais jd golfer sayang,,,harini dia senyummmmm tgk wais menang’ antara coretnya.

Shuib turut menitipkan kata-kata semangat supaya anaknya itu lebih bekerja keras dan membuat latihan padu untuk mencapai kejayaan mendatang. Tak lupa jua beliau berkongsi bahawa bapa mertuanya, Raisuddin Hamzah yang sering membawa cucunya itu membuat latihan.

‘Daddy akn buat habis baik utk Uwais selagi daddy bernyaawa, U ARE MY CHAMPION’ luah Shuib lagi. Bertuahnya Uwais mempunyai bapa dan keluarga di sekelilingnya yang sentiasa memberikan sokongan.

Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyaawa beberapa hari mngal dunia 9 Ogos lalu akibat jangkitan cvd. Siti Sarah pada Jumaat sebelumnya selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempatnya bersama Shuib ketika menerima rawatan.

Pemergian arwh Sarah mendapat perhatian netizen susulan pemergiannya dalam keadaan sedemikian. Hingga kini ramai yang melahirkan rasa sebak dan mengikuti perkembangan anak-anak arwh bersama Shuib iaitu Uwais, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 4 bulan.

Sumber : Ig Siti Sarah Raisuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!