“Comel sgt asyik tgk Aria je, tp Aunty yg cair dgn smile dia” – Elfira Loy

Siapa saja tak mengenali pelakon canti jelita iaitu Mira Filzah, beliau merupakan seorang jelitawan yang sangat disukai ramai. Mana taknya, macam bidadari si empunya nama Mira Filzah ni, dahla senyuman nya sangat manis, lemah lembut. Mak aih, cair hati kita dibuatnya tau. Suka sangat tengok beliau ni.

Pun begitu, beliau kini sudah pun mendirikan rumah tangga dan sudah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat ditunggu oleh para peminatnya, yelah, Mira Filzah kot, time beliau menikah dulu pun, satu Malaysia excited tau.

Bila dah ada cahaya mata ni pun, makin teruja para peminat sekalian tau. Nak juga tengok an, macam mana lah rupa anak kesayangan pelakon dan model cantik ni. Kalau mak ayah nya cantik, pasti anak turut mewarisi kecantikan orang tua mereka.

Anaknya yang diberi nama Wan Khai Amir ini, sangat menarik perhatian para netizen sekalian, Mira Filzah sudah pun memuat naik foto anaknya di lama Instagram nya tau, time mula-mula dimuat naik tu, semua duk pakat teruja belaka.

Comel melampau budaknya, ikut muka mummy dia sangat. Senyum sebijik macam muka mummy dial ah. Hensem macam daddy juga. Kan dah kata, mak ayah nya sama cantik sama padan, anak nya pun comel sangat.

Kalini, ada dimuat naik foto dan video yang mana Mira bersama anaknya itu telah pergi ke kelas berenang bersama Elfira Loy dan anaknya Aria.

Biasalah kan, anak-anak sangat digalakkan untuk latih mereka berenang sejak kecil lagi, banyak sangat manfaatnya tau.

Pun begitu, di akhir slide foto yang dimuat naik oleh Mira tersebut, jelas kelihatan waja dua beranak ni, alahai elok je tengok Amir dengan mumy nya tu, tersenyum bagai budak kecil tu. Cair hati kita tengok foto tersebut tau.

Elok nya dia senyum dengan mummy dia tu. Siapa je takkan cair tengok gelagat dua orang beranak tu.

Dahla muka mummy sangat budak nya. C0py p4ste betul lah, kecik-kecik dah comel dan hensem, besar nanti lagilah kacak.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa Amir sangatlah comel, mak ayah nya cantik dan kacak. Tapi, tak kisahla siapa pun kita, sesungguhnya kita semua diciptakan cantik-cantik belaka. Setuju tak ? Bersyukur seadanya.

Sumber : Ig Mfmirafilzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!