“Watak apa agak2 klu Yana berlakon dgn Tok Adi, selain bini no 2 Tok Adi laa” – Yana Samsudin

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon berbakat Yana Samsudin kan? Baru-baru ini Yana ada mengongsikan satu foto dalam akaun Instagramnya dengan caption “Watak apa agak-agak kalau Yana berlakon dengan Tok Adi? Korang teka, selain bini nombor 2 Tok Adi laa”. Kalau bab berlakon, memang bakat Yana tidak boleh dinafikan sangat hebat.

Pelakon yang pernah digandingkan bersama-sama dengan Shaheizy Sam ini dalam satu filem bertajuk “Bini-biniku gangster” kini tampil lagi dalam satu drama bersiri Tanah Kubur gandingan mantap bersama Tok Adi ataupun nama sebenar Nasir Bilal Khan.

Sementara itu, Yana juga yang kelihatan berkulit ‘flawless’ ini sebenarnya merupakan duta kepada kosmetik Haus. Sempat juga Yana mempromosikan produk kecantikan tersebut bersama-sama dengan postingnya ini yg dikongsikan menerusi akaun Instagramnya pada 14 jam yang lalu.

Sudahlah cantik, berbakat besar pula dalam bidang lakonan. Tidak hairanlah jika Yana sudah mempunyai followers sebanyak 4.3 million dalam akaun Instagramnya.

Rasa-rasanya apa agaknya watak yang akan dibawa oleh Yana dalam drama Tanah Kubur ni ya? Tapi min pasti lakonan Yana ini memang meletop. Tidak kira apa sahaja watak yang dibawa oleh Yana, pasti akan dijiwai olehnya 100%.

Yana yang berposing sopan namun tetap kelihatan jelita dalam foto perkongsiannya kali ini. Dengan padanan baju yang berwarna putih, berskirt merah jambu lembut dan bertudung litup itu semakin menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi Yana. Mekap yang digunakan Yana juga sangat lembut. Memang padan dengan gaya Yana yang tampak ‘elegant’.

Foto perkongsian Yana ini telah berjaya mendapat sebanyak 7,450 likes dan 49 komen dalam masa 15 jam semenjak ianya dimuatnaik. Rakan artis Yana seperti Che Ta juga turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi ruangan komen posting Yana ini.

“Ex girlfriend Tok Adi yang menuntut semula hutang belanja McD masa couple dulu,” ujar salah satu followers Yana seraya berseloroh meneka watak yang bakal dibawa oleh Yana dalam drama Tanah Kubur.

Sementara itu, rata-rata netizen yang lain masing-masing tidak ketinggalan untuk memuji kecantikan Yana yang terserlah melalui foto tersebut. Nampak anggun sungguh Yana dengan penampilan yang digunakannya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini nampak kekal seperti baru berumur awal 20-an. Agak-agaknya, sifat Yana yang sentiasa tersenyum kot yang membuatkan dia awet muda. Yana juga pernah menerima beberapa anugerah berkat daripada bakat seninya yang menonjol. Tidak sabar rasanya mahu menonton Yana dalam drama Tanah Kubur ini.

Sumber: Instagram Yana Samsudin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!