“Aaa comelnya Tokti dah lama tak nampak Tokti menari”- Netizen

Dato Siti Nurhaliza antara penyanyi nombor 1 Malaysia kesayangan ramai peminat. Dari zaman kegemilangan beliau ketika baru mula bergelar penyanyi hinggalah sekarang ini, Siti Nurhaliza atau panggilan mesra Tokti masih popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Tokti juga antara selebriti yang kurang kontroversi dan cukup dekat di hati peminat-peminatnya kerana sikap beliau yang peramah serta tidak somb0ng.

Meskipun Tokti sudah bergelar seorang ibu, beliau masih aktif membuat persembahan dan cukup bertenaga. Tak dinafikan, setiap persembahan Tokti pasti dikerumuni ramai peminat dari dahulu sehinggalah kini.

Maka sebab itu lah, Tokti sentiasa menunaikan hasrat peminat-peminatnya untuk mengadakan persembahan. malah baru-baru ini, Tokti bakal muncul untuk menyanyi secara langsung dalam sebuah persembahan akan datang.

Tiket persembahan beliau pun sudah habis dijual. Dasyat bukan? Pastinya ramai akan melihat Tokti bernyanyi lagi, terubat kerinduan peminat-peminatnya.

Sementara itu, baru-baru ini Tokti ada berkongsi persiapan beliau untuk konsert yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tokti memuatnaik beberapa foto dan video di Instagram.

Salah satu posting beliau di Instagram telah menarik perhatian ramai netizen apabila Tokti memuatnaik video beliau bersama penari sedang menari lagu trending di Tiktok.

Tokti pun kelihatan aktif sahaja di Tiktok, cepat je tahu lagu-lagu trending di laman sosial media popular itu.

Menerusi kapsyen ditulis pada posting video Tokti itu, beliau menari sekadar suka-suka untuk menghilangkan debaran sempena konsert yang akan berlangsung tidak lama lagi itu.

Video Tokti telah menerima 561,000 tontonan dan 270 komen daripada kalangan netizen.

Comelnya Tokti menari tanpa makeup pula tu. Natural beauty orang kata, tak pakai makeup langsung tapi putih gebu je muka Tokti. Tak sabarnya nak tengok Tokti buat persembahan lagi.

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!