“Comel je melatahnya, penuh kesopanan” – Netizen

Barangkali jarang dilihat berlaku pada budaya di negara lain, peel melatah bagaimanapun memang biasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Bukan sahaja yang muda, kadang lebih lagi pada yang berusia. Seperti orang biasa, golongan artis juga tak kurang terkenan dengan sindrom melatah ini. Penyanyi dan juga pelakon pujaan ramai, Amy Mastura juga tidak dapat lari daripadanya.

Bagi pengikut dan peminatnya, pasti ramai yang maklum, sejak di awal pembabitannya dalam dunia seni lagi, Amy memang seorang yang dikenali dengan keletah melatahnya. Saat ia berlaku, pasti akan menjadi ‘bahan’ orang di sekeliling.

Berkongsi aksi latah selebriti yang berusia 51 tahun itu, hantaran pelawak dan pengacara, Ajak Shiro ini tetap mencuri perhatian netizen. Kelihatan unik pula keletah melatah pelakon sinonim dengan filem Puteri Impian ini.

Apa tidaknya, tatkala ramai dalam kalangan orang kita apabila dapat melatah bagaikan tidak sedarkan diri, kadang boleh bertukar karekter sama sekali, suara pun boleh dengar bunyi sebenar, namun melatah Amy ini kedengaran comel pula.

Ramai pula netizen yang memuji aksi latahnya yang sedemikian. Ayu dan lembut pulak sebutan yang kedengaran. Gamaknya dek factor usia. Apa pun, Ajak pun menegur dalam hantarannya yang dia tak buat apa pun, Amy boleh

https://www.instagram.com/p/CevyPRup5jM/

Yelah… ketika itu kelihatan Amy yang sedang tekun menghafal skrip secara perlahan tiba-tiba didatangi Ajak yang datang muncul di hadapannya. Agaknya tak semena melihat muka Ajak tu yang terkezut dibuatnya…

“Melatah pun comell hahaha”, “Eh comeback or teh tarik follow me…hafal skrip lepas tu terkejut terus melatah… haha…comel je kak amy…”, “melatah pon cantikkk.. kak amy cakap come back or teh tarik over meal.. over meal ke over me”. Itu antara layangan komen netizen.

Untunglah… orang comey lote, melatah pun orang nampak comel jer… Apa pun memang tidak dinafikan ibu kepada dua cahayamata itu memang tampak semacam tak dimamah usia kerana wajahnya yang maintain sejak dulu.

Untuk info, gara-gara latah dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan, Amy Mastura dan sebuah stesen radio tempatan pernah didenda tidak sampai RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) pada 2017.

Denda tersebut susulan tindakan Amy terkenal sebagai kaki latah telah ter’mencarvt dalam program pagi secara langsung 7 Disember tahun sebelumnya. Dek penyampai yang terlalu ghairah mengusik Amy, tanpa disangka melatah dengan ayat carvtan. Begitupun Amy enggan membesarkan isu itu.

Sumber : IG Ajak Shiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!