“Poster mcm jurasic park dh mi” – Netizen

Nama Syahmi Sazli tidak lagi asing bagi peminat-peminat filem tanah air. Pengarah filem number 1 paling laris di Astro First ini bakal memberi berita gembira kepada  para peminatnya setelah memuat naik poster filem komedi terbarunya yang bejudul 35mm yang bakal ditayangkan pada 21 jun ini di saluran 480, Astro First.

Syahmi yang dulunya juga merupakan pengarah filem berjudul Mael Totey, menjanjikan bahawa filem terbarunya kali ini bakal memuk4u para peminat dengan memasukkan beberapa elemen-elemen seperti aksi,konsep time travel dan penggunaan computer-generated imagery (CGI).

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan artisnya seperti Yoe,Asif dan lain-lain. Menurut Syahmi, dengan menggunakan teknik CGPI pada penggambaran kali ini memberikan cabaran baru kepada rakan-rakan artisnya.

Apa yang lebih menarik , peminat-peminat  pasti akan teruja setelah mengetahui bahawa Asif dan Yoe turut melakukan babak-babak aksi yang dilakukan sendiri oleh mereka.

Menurut Syahmi, beliau juga menggunakan konsep time travel di mana beliau akan membawa para penonton menjelajah ke zaman penjajahan Jepun, pemerintahan British dan juga ke sejarah Dinasti China.

Netizen juga sangat kagum dengan poster rasmi filem 35mm kali ini. Ada yang kata seperti dalam filem Jurasic Park.

Turut ramai yang bertanya di ruang komen tentang makna 35mm. Menurut Syahmi 35mm membawa maksud  3 jejaka 5 zaman merentas masa. Sebab itulah beliau menggunakan konsep time travel pada filem kali ini.

Filem kali ini tidak ditayangkan pawagam atas alasan yang tertentu, jadi jika anda peminat filem komedi arahan Syahmi Sazli, bolehlah subscribe Astro First pada 21 jun ini.

Para netizen rata-rata tidak sabar menonton filem komedi arahan Syahmi pada kali ini dan turut berharap agar filem ini akan trending dan meletop seperti filem Mael Totey.

Sumber : Ig Syahmi Sazli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!