“Ustaz pun kunyah lirik jugok”- Netizen

Penggunaan Tiktok sudah pun meluas di seluruh dunia. Banyak video yang selalu saja naik fyp dan trending. Apa-apa video saja, semuanya ada kemungkinan untuk menjadi viral. Bahkan, satu dunia boleh tengok video viral tersebut. Dan, yang viral itulah akan menjadi trending dan ikutan kepada para tiktokers yang lain.

Apa video yang sedang trending di Tiktok sekarang ? Cuba korang berikan contoh video feveret korang semua. Sudah pasti, ramai yang tahu akan video tersebut, malah satu Malaysia pun mesti tahu video yang trending tu, Betul tak ?

Ada dimuat naik video telatah suami isteri Lofa dan juga PU Riz. Sememangnya video yang dimuat naik kali ini, sungguh melucukan dan menghiburkan hati semua. Macam-macam ragam suami isteri ni tau, ngekek gelak.

Siapa sangka bahawa kedua-dua suami isteri ni memang jenis masuk air, buat lucu belaka. Tengok telatah dan perangai mereka, pasti saja akan buatkan kita semua terhibur dan tergelak ketawa. Macam-macam karenah mereka.

Telatah di mana PU Riz yang sedang asyik bermain Tiktok. Tetapi, dia bermain Tiktok di belakang isteri kesayangan nya itu. Tak nak isteri tahu bahawa dia juga seorang yang suka bermain dengan Tiktok. Alahai, macam-macam ragam PU Riz.

Yang membuatkan para netizen terhibur hati dengan nya adalah ketika mana melihat telatah PU Riz yang seolah-olah menghafal lirik sebuah lagu yang kian viral di Tiktok. Lagu yang berbahasa Jawa. Ramai yang membuatkan parodi video tersebut.

Steady je PU Riz kunyah lirik, Ngekek tengok telatah PU Riz yang seolah-olah sangat selamba dan steady sebut lirik tu. Tak sangka PU Riz pun jenis yang sangat masuk air macam ni. First time tengok PU Riz macam ni tau.

Bila Lofa datang, terus beliau berpura-pura tidak bermain dengan Tiktok dan menafikan hal tersebut. Alahai, pandai eh dia t1pu Lofa. Tapi, akhirnya kantoi juga bahawa sebenarnya dia bermain Tiktok, bukanlah buat ibadah macam yang diperkatakan.

Macam-macam eh perangai PU Riz ni. Sangat melucukan dan menghiburkan hati kita semua. Makin lama, makin lucu orangnya. Pandai betul dia ni duk pikat hati semua orang supaya bergelak ketawa dan terhbir dengan telatah beliau.

Sumber : Ig Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!