“Che Ta dah la baik cantik kelakar, tp mata kita dok tgk gelang Che Ta” – Netizen

Kadang tinggal bersama orang tua menimbulkan rasa rengsa bagi sesetengah orang, apatah lagi jika sebumbung bersama mertua. Namun kata orang di mana ada pengetahuan di situ ada jalan, nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta membuktikan dirinya bukan setakat cantik luaran, hatinya begitu jua…

Melihat perkongsian hantaran ini, Che Ta berkongsi yang dirinya sendiri offer untuk mengajak mertuanya tinggal sebumbung, biarpun pada masa kini ibunya sendiri juga tinggal bersamanya.

Kata isteri kepada aktor, Zain Saidin ini, sudah dua bulan mertuanya tinggal bersamanya kerana kakak iparnya, pelakon Shasha Saidin kini berada di Dubai, manakala abang kepada Zain berada kat London.

Cerita Che Ta, mulanya Zain juga ragu-ragu dengan ajakan Che Ta itu kerana khuatir ‘membebankan’ dirinya. Pun demikian penjelasan Che Ta agak menyentuh hati, menjaga ibu mentua mampu melimpahkan rezeki kepada keluarganya.

Rezeki pun boleh datang dalam pelbagai cara kan… Akhirnya Zain kata okey dan berjaya pujuk ibunya duduk dengan mereka biarpun sebelum itu agak keberatan kerana sudah pasti masih mahu berdikari.

Bahkan, biarpun tak ada bilik extra di tingkat bawah rumahnya, surau yang ada dijadikan bilik untuk mertuanya itu bagi memudahkannya dek susah naik di tingkat atas kerana masalah kesihatan.

“Setuju.. Lebih kurg halal la +- menantu n mak mertua. Yg penting kena kerjasama n byk communicate mak mertua dgn menantu”, “vogue namun ttp hormat dan open minded”, “Bagus Che Ta ni….semoga dimurahkan rezeki”.

“Aku suka che ta ni..die jnis logik punya mnusia..aku pon sama nk jd mak mertua yg mcm tuu”, “Cara org matang handle situation lain. Cool je.”, “kalu nk cari positive vibe ni, mmg che taa la orgnye..”. Itu antara komen netizen.

Dalam pada itu agak mencuit hati, dalam pada ramai netizen memuji Che Ta dah la baik, cantik, kelakar.. tapi berterus terang yang mata asyik melihat gelang dikenakan Che Ta. Bertingket-tingket gituuu.. Helok je dia pakai.

Menariknya ramai pula yang sukakan perkongsian Che Ta itu dan turut berkongsikan pengalaman manis tinggal bersama mertua. Ya lah… bukan mudah nak ‘masuk’ dengan mak mertu kalau tak kena gaya…

Sumber : IG Astro Radio News

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!