“Tabik lah orang preggy pakai heels”- Netizen

Memang teruja apabila seorang isteri diberi rezeki untuk mengandung dan bakal bergelar ibu. Pemberiaan rezeki seorang anak adalah anugerah yang cukup terindah oleh Allah SWT. Siapa yang tidak mahu anak kan, seorang wanita yang telah bergelar isteri pastinya inginkan kehadiran cahaya mata dan makin bertambah seri dalam rumah tangga.

Apabila bergelar wanita hamil, pastinya kita sudah biasa mendengar tentang pantang larang dalam segala aspek termasuklah makanan dan perilaku kita sendiri. Wanita hamil kebiasaannya memang tidak dapat lari daripada pantang bagi memastikan kesihatan dirinya dan bayi.

Kebiasaannya kita selalu dengar wanita hamil tidak digalakkan memakai kasut tumit tinggi yang boleh menyebabkan saakit belakang dan saakit kaki.

Namun buat selebriti dan usahawan terkenal Syatilla Melvin, beliau masih steady memakai kasut tumit tinggi ketika sedang hamil baru-baru ini.

Syatilla yang dikatakan sedang sarat hamil lapan bulan telah hadir ke majlis penting bagi penerimaan anugerah usahawan 2022. Beliau berkongsi video di Instagramnya dan mata netizen lebih tertumpu kepada kasut tumit tinggi yang dipakai Syatilla.

Sementara itu, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Syatilla yang menerima anugerah baru-baru ini di Pulau Pinang. Memandangkan produk kosmetik milik Syatilla dan adik-beradiknya antara yang menjadi pilihan ramai pengguna. Tahniah buat Syatilla.

Suami Syatilla iaitu Shaheizy Sam turut sama menghadiri majlis tersebut. Dan menerusi video yang dikongsi Syatilla, ramai netizen turut berkongsi perasaan suka melihat pasangan Syatilla dan Sam.

Mereka dikatakan antara selebriti yang tidak somboong dan suka menghiburkan netizen dengan gelagat selamba mereka sekeluarga. Ada saja video lucu mereka yang telah viral di laman sosial media.

Dalam pada itu, video Syatilla telah meraih 175,000 tontonan dan komen-komen daripada netizen.

Tahniah buat Syatilla yang baru terima anugerah baru-baru ini. Rezeki Syatilla dan keluarga, alhamdulillah. Semoga Syatilla terus maju jaya. Apa-apa pun, Syatilla kena hati-hati tu. Jangan selalu pakai kasut tumit tinggi, dah sarat 8 bulan dah hehe..

Sumber: Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!