“Cantiknya mak mertua Kak Shiera, mcm anak dara dah” – Netizen

Sesiapapun pun kian berumur pasti akan tampak perubahan pada wajah lebih-lebih jika sudah mencecah usia warga emas. Begitupun, bagi segelintirnya pula biarpun berusia, tapi masih berjaya kelihatan langsing dan lawa seperti di zaman muda mereka. Ya, beruntunglah bagi golongan tersebut. Antara mereka ini ialah pelakon veteran yang masih cantik bergaya, Datin Maria Arshad.

Terkenal sebagai antara barisan pelakon cantik di zamannya, perwatakannya lemah lembut sejak dahulu hingga kini ramai yang mengagumi beliau. Tak kurang juga yang mahu tahu apa rahsia dan amalan kecantikannya.

Dikenali sebagai seorang wanita yang sangat humble, tumpuan beliau kini kelihatan lebih kepada keluarga sebagai seorang isteri, ibu dan nenek. Sesekali aksinya muncul di medsos, auranya masih menarik perhatian netizen.

Meninjau antara hantaran terbaharu di media sosial menantunya, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera, Maria atau nama sebenarnya Kamariah Arshad kelihatan sihat dan bergaya di kala umurnya kini mencecah 62 tahun. Rupanya antara amalannya kongsi Shiera, kurangkan makan dan puasa (sunat) Isnin dan Khamis.

Sekian lama dikatakan sudah bersara daripada dunia lakonan, ibu kepada Ijoy Azhari ini tetap dirindui peminat dan mereka yang mengenali dirinya. Lihat sahajalah komen-komen netizen di hantaran Shiera itu.

Tak kurang yang mengagumi ketrampilan Maria tetap kelihatan anggun dan masih jelita sesuai usianya. Yang tak tahan tu, ada komen yang berbau cmburu melihat figura beliau persis kalahkan anak dara.

Terdahulu di hantarannya itu, Shiera berkongsi bahawa ibu mertuanya itu jua tidak ketinggalan menyumbang untuk mngsa banjir yang terjejas. Antara dihulurkan oleh Maria termasuk kek hasil air tangannya.

Turut bercerita tentang kecantikan dengan sebuah media tempatan baru-baru ini, Maria menekankan penting untuk seseorang wanita cantik secara semulajadi dan tak menghalang proses penuaan yang sememangnya akan berlaku.

Berapapun usia, menurutnya seseorang hawa itu haruslah bijak menjaga diri sendiri agar sentiasa kekal sihat dan bertenaga. Sebab itu beliau setia dengan raawatan semulajadi berbanding menjalani rawaatan-rawatan moden yang ada di pasaran pada masa ini.

Filem pertama lakonan Maria ialah Langit Tidak Selalu Cerah sebagai Rohana di samping aktres berkarisma dan berkaliber, Uji Rashid. Beliau begitu menonjol pada pada era 1980-an, seangkatan dengan Noor Kumalasari, Rubiah Suparman dan Raja Noor Baizura.

Sumber : Ig Sharifah Shahirah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!