“Cantik je Hannah pakai camtu, kain tu cam licin” – Netizen

Agak lama tidak kelihatan si cantik manis berwajah comel ini di kaca televisyen sejak berubah kepada imej berhijab. Pasti ramai yang merindukan kemunculannya kembali aktif berlakon drama dan iklan-iklan komersial di TV Begitupun, perkongsian aktivitinya di medsos sedikit sebanyak mengubat rindu peminat kepada pelakon dan penyanyi muda kelahiran Singapura, Hannah Delisha.

Pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch lahir pada 27 Oktober 1996 ini nampaknya lebih senang muncul di laman sosial peribadi beliau yang mempunyai lebih 3.1 juta followers di IG sehingga kini dan aktif membuat reviu produk.

Selain rupa parasnya, apa yang menarik perhatian netizen sudah tentulah gaya Hannah berhijab. Buat golongan wanita yang bertudung pasti maklum bukannya senang nak membuat fesyen seperti yang digayakan beliau. Tambahan pula jika material tudung yang menggunakan ‘kain licin’.

Agak mencuit hati apabila ada juga wanita yang di ruangan komen Hannah itu membandingkan diri mereka yang pasti akan nampak ‘senget benget’ kalau mahu memakai dan meniru gayanya dengan mengenakan hijab sedemikian jika dalam keadaan sedang membuat kerja.

Sudah pasti kita maklum sebagai seorang selebriti malah mempromosikan produk tudung, mestilah menampakkan ia ‘terletak’ ketika berkongsi tentangnya di medsos. Apa pun memang ramai yang memuji Hannah tetap kiut.

Terdahulu pada tahun 2017, beliau berhijrah ke Malaysia untuk mengembangkan bakat dan meningkat popular menerusi drama adaptasi novel Mencintaimu Mr Photographer bersama pelakon Syafiq Kyle.

Pada tahun 2020, Hannah berlakon bersama Nelydia Senrose dan Saharul Ridzwan dalam drama Cinta Sekali Lagi yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Ini menjadi drama terakhir lakonannya sebelum mengenakan hijab.

Berkongsi berita penghijrahannya dalam laman sosial Instagram miliknya, beliau memadamkan hampir 800 gambar beliau berimej sksi di laman sosialnya itu. Allahu…

Hannah berkahwin dengan pelakon senegaranya, Imam Shah pada 18 Februari 2021 setelah lima tahun mereka dikhabarkan menjalin hubungan bersama.

Bukan hanya beliau, rupanya suami Hannah juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama TV3 antaranya Lafazkan Kalimah Cintamu dan Kau Yang Pertama. Moga pasangan ini kekal bahagia selamanya.

Sumber : Ig Hannah Delisha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!