“Tak boleh pertikai dah, rindu suara arwah berceloteh” – Netizen

Ajaal maauut, jodoh, pertemuan dan perpisahan hanya Dialah yang menentukan segalanya. Ya, barangkali kita rasa gembira dan sebaliknya di atas apa yang berlaku. Begitupun hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik apa sahaja ketentuanNya. Lebih-lebih lagi apabila bertemu kemudian berpisah dengan yang tersayang, tentulah terasa sebak tak tertanggung menanggung rindu kepada yang tiada.

Hanya memori yang tinggal menjadi pengubatnya. Itu yang dirasakan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu terhadap arwh isterinya, penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang mngal dunia 9 Ogos lalu akibat jngkitan cvd yang sebelum itu sempat melahirkan cahaya mata keempat melalui kaedah pembdahan.

Berkongsi antara momen akhir bersama Sarah sebelum wanita itu bertemu Ilahi, terdapat muatnaik antara video terakhir memasak dengannya. Buat pengikut Sarah dan Shuib pasti maklum akan kesukaan kedua-duanya berkongsi resipi buat peminat.

Menarik dalam posting video itu, tanpa memaparkan wajah, sambil memasak, arwh Sarah berceloteh dalam loghat Terengganu. Tidak kurang ramai yang mengakui ‘bunyi’nya ikhlas dan jujur tanpa ‘cover ayu’, malah sedap didengar.

Ramai juga yang tersentuh mendengarnya mengakui mula merindukan suara ceria Sarah dan mendoakan agar arwh tenang di sana serta ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

Dalam coretan itu memberitahu, ada masanya mereka memasak sampai lima menu dalam satu masa. Manakala video yang dikongsikan itu dikatakan semasa sehari sebelum arwh kena cvd. Allahu…

Terang coretan dalam posting yang menggunakan IG Siti Sarah berkenaan, sebenarnya kebanyakan menu dimasak bersama Sarah, ‘beliaulah’ yang menyediakan segala bahan termasuk memberi idea memasak dan menjadi ‘tukang rekod’.

Tulis posting itu, jika ada rezeki perkongsian menu daripada keluarga mereka akan diteruskan dan mengucapkan penghargaan kepada yang telah menyedekahkan bacaan Surah al-Fatihah buat arwh Sarah.

Namun ‘misteri’ individu yang menulis posting tersebut di IG Siti Sarah menjadi tanda tanya hingga ada netizen yang tertanya-tanya siapakah ‘saya’ dalam posting itu.

Ada yang menjawab ia barangkali ibu tiri Siti Sarah yang mengendalikan IG arwh dan tidak kurang yang mengagak ia ditulis oleh Shuib sendiri. Wallahualam. Apa pun perkongsian itu sememangnya menjadi pengubat rindu peminat pada arwh. Al-Fatihah buat arwh Siti Sarah..

Sumber : Ig Siti Sarah Raisuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!