“Cakap pun mcm nyanyi” – Netizen

Ahmad Fedtri bin Yahya merupakan seorang pengacara, penulis lirik dan penyampai radio. Beliau mula di kenali sebagai seorang pengacara Malaysia Hari ini sejak tahun 2002. Selain aktif sebagai pengacara dan personality televisyen, beliau juga berkecimpung dalam bidang penulisan kreatif sebagai penulis lirik malahan pernah menyumbangkan lirik untuk lagu beberapa artis terkenal termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra di sapa Tokti.

Tidak nafikan bakat yang di miliki beliau ini telah melayakkan beliau memenangi beberapa anugerah. Antaranya ialah Lagu Pop Etnik Terbaik untuk lagu Enjut dendangan Noraniza Idris.

Lagu ciptaan beliau seringkali di calonkan untuk Anugerah Juara Lagu menjadikan sentuhan beliau sering di minta penyanyi terkenal.

Menyingkap sisi peribadi personality televisyen ini, beliau telahpun mendirikan rumahtangga dengan Nurul Anati Ismail. Perkahwinan mereka selama hampir 11 tahun di kurniakan 4 orang anak iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.

Berkongsi aktiviti terbaru beliau tampil sebagai pengacara bagi satu majlis yang di adakan di Hotel Royale Chulan, Ahmad Fedtri tidak ketinggalan merakamkan video penyanyi jemputan malam itu iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi video yang di kongsikan, sebaik sahaja bertentang mata, Tokti menyapa personality televisyen berkenaan bersama tetamu lain yang hadir dengan penuh sopan dan ramah.

Bagaimanapun Tokti sempat mengusik Ahmad Fedtri untuk memberikan beliau lagu baru dan beliau sudah bersedia menantikan buah tangan terbaru daripada personality televisyen berkenaan. Sangat merendah diri sikap Tokti sebagai seorang penyanyi terkenal yang meminta lagu daripada Ahmad Fedtri.

Menjengah keruangan komen, rata- rata peminat Tokti memuji penyanyi kesayangan mereka itu kerana kelihatan sangat jelita dengan busana yang di gayakan pada malam berkenaan.

Suara Tokti yang sangat lembut menyapa Ahmad Fedtri juga mencuri perhatian. Netizen juga memuji suara Tokti yang sangat merdu sehinggakan bercakap sudah kedengaran seperti menyanyi.

Netizen juga meminta supaya Ahmad Fedtri menunaikan permintaan Tokti untuk memberikan lagu baru dengan kadar segera. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Sikap Tokti sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya. Tak sabar nak dengar lagu ciptaan Ahmad Fedtri untuk Tokti selepas ini.

Sumber: ig ahmad fedtri yahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!