“Pandai anak dara ni masak tak nampak kekok pun”- Netizen

Datin Shahida kini lebih dikenali sebagai isteri kepada seorang usahawan kosmetik terkenal dalam Malaysia iaitu Datuk Alif Syukri. Namun sebelum ini nama beliau sudah terlebih dahulu dikenali ramai kerana beliau pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid Solehah yang turut di sertai oleh penyanyi Bienda.  Disamping itu juga, wajah Datin Shahida sebelum ini begitu dikenali kerana beliau pernah menjadi model iklan syampu Sunsilk yang begitu terkenal suatu masa dulu.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama Dato Aliff Syukri, beliau lebih menumpukan kehidupan beliau terhadap rumahtangga disamping membantu suaminya dalam mempromosikan perniagaan mereka.

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah serta mampu berbakti kepada keluarga mahupun masyarakat. Buat pasangan usahawan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, mereka berdua bertuah kerana dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Anak sulung dan kedua pasangan ini iaitu Ammar dan Khadijah telahpun menginjak keusia remaja dan semakin boleh di harap. Tambahan pula Dato Aliff dan Datin Shahida telah mendedahkan anak-anak mereka mengenai dunia perniagaan sejak dari kecil lagi.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Menerusi perkongsian video baru di Instagram, Datin Shahida berkongsi satu video anaknya Khadijah menyediakan nasi goreng menggunakan sambal yang ingin di promosikannya.

Video Khadijah memasak nasi goreng itu menerima pujian dan respon yang positif daripada netizen kerana Khadijah di lihat langsung tidak kekok memasak di dapur dan sudah boleh di harap sebagai anak dara.

Hasil didikan kedua ibu bapa yang sentiasa mahu anak- anak berdikari, Khadijah sudah pandai membawa diri. Mungkin beberapa tahun akan datang sudah mampu memasak sehebat ibunya pula.

Bertuah sungguh Datin Shahida di kurniakan anak- anak yang sangat berdikari dan pandai mengambil hati beliau serta keluarga.

Menjenguk keruangan komen pula, buat para pengikut Datin Shahida yang sudah mengikuti perkembangan beliau sejak anak- anak beliau masih kecil, turut terharu melihat Khadijah.

Rata-ratanya juga berkata wajah Khadijah saling tidak tumpah seperti Datin Shahida sendiri. Netizen juga memuji sifat Khadijah yang rajin dan ringan tulang di dapur. Berikut di kongsikan komen netizen.

Semakin meningkat dewasa, anak-anak kian sedar mengenai tanggungjawab dan amanah yang perlu mereka pikul untuk menjaga ibu bapa serta keluarga.

Datin Shahida bertuah kerana telah berjaya mendidik Khadijah dengan baik dan menunjukkan sikap yang sangat prihatin serta penyayang terhadap keluarga mahupun adik-beradiknya.

Mudah-mudahan apabila sudah dewasa kelak Khadijah akan menjadi seorang anak yang mampu membalas jasa kedua ibu bapanya. Amin.

Sumber: ig shahada dherb

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!